awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Prihatin, Sarawak juga prihatin, kata Abang Johari

Bernama
Bernama
31/08/2020
03:29 MYT
Malaysia Prihatin, Sarawak juga prihatin, kata Abang Johari
Sarawak bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan Persekutuan dengan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat sewaktu pandemik COVID-19
Kerajaan Sarawak telah bergerak seiring dengan aspirasi Kerajaan dengan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat sewaktu pandemik COVID-19 ini, sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, 'Malaysia Prihatin', kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata pelbagai program pembangunan yang sedang atau sudah dilaksanakan di negeri itu juga terus menjadi agenda pengisian kemerdekaan yang sebenarnya.
"Kerajaan Persekutuan menyediakan pelbagai bantuan di bawah Bantuan Prihatin Nasional. Kerajaan Gabungan Parti Sarawak juga menyediakan pelbagai bantuan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS," katanya semasa berucap pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Suarah di sini hari ini.
Menurutnya kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.55 bilion untuk melaksanakan pakej bantuan tersebut menerusi tiga pakej dan berharap bantuan berkenaan telah memberi sedikit kelegaan kepada para peniaga, isi rumah, orang perseorangan, industri kecil dan golongan lain yang terkesan.
Pada majlis sambutan itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib hadir sebagai tetamu kehormat.
Turut hadir jemaah menteri kerajaan Sarawak, ketua-ketua jabatan kerajaan serta ketua-ketua kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#Bantuan Prihatin Nasional
#BKSS
#BPN
#Hari Kebangsaan
#Ketua Menteri Sarawak
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan