awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Qatar perbaharui komitmen kukuhkan hubungan diplomatik

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2020
20:42 MYT
Malaysia, Qatar perbaharui komitmen kukuhkan hubungan diplomatik
Muhyiddin menerusi perkongsian terbaharu di Facebook memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada petang Isnin. -Facebook/ts.muhyiddin
Malaysia dan Qatar memperbaharui komitmen bagi terus mengukuhkan hubungan diplomatik sedia ada antara kedua-dua negara
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perkongsian terbaharu di Facebook memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada petang Isnin.
Kedua-dua pemimpin berbincang pelbagai perkara ke arah memperkasakan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara termasuk hal-hal berkaitan perdagangan dan ekonomi.
"Kami turut memperbaharui komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik sedia ada di samping meneroka potensi baharu yang lebih bermanfaat kepada kedua-dua negara.
"Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani juga berkongsi maklumat mengenai COVID-19 dan mengikuti secara dekat langkah-langkah yang diambil Malaysia dalam membendung penularan wabak tersebut.
"Saya turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan atas bantuan yang diberikan Qatar dalam membantu lapan rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 di negara itu." ujarnya.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Dalam pada itu, Sheikh Tamim turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.
"Yang Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani telah mengundang saya untuk berkunjung ke Qatar selepas pandemik COVID-19 berakhir.
"Saya turut menyampaikan undangan balas," katanya.
Topic Berkaitan
#Diplomatik
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Qatar
#Sheikh Tamim Hamad Al Thani
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan