MALAYSIA
Malaysia, Qatar perkukuh kerjasama pertahanan, perkongsian maklumat

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perjanjian itu sekali gus memperkukuh hubungan dua hala negara dalam aspek kerjasama pertahanan dan peningkatan keupayaan ketenteraan antara kedua-dua negara. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA TINGGI: Kerjasama pertahanan yang dimeterai antara Malaysia dan Qatar baru-baru ini menjadi asas eksplorasi strategik dalam industri pertahanan, maklumat risikan serta pengetahuan mengenai cabaran keselamatan di rantau Indo-Pasifik dan Asia Timur Tengah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perjanjian itu sekali gus memperkukuh hubungan dua hala negara dalam aspek kerjasama pertahanan dan peningkatan keupayaan ketenteraan antara kedua-dua negara.
"Dalam soal seperti industri pertahanan, maklumat risikan, perkongsian pengetahuan mengenai kawasan Indo-Pasifik, maknanya mereka boleh tahu daripada Malaysia dan kita juga boleh tahu perkongsian maklumat dan pengetahuan mengenai kawasan di Asia Timur Tengah.
"Qatar adalah negara sahabat yang kita yakini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan dan Jaringan Pendidikan Komuniti dan Town Hall Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS)/Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Daerah Kota Tinggi di sini hari ini.Perjanjian kerjasama itu ditandatangani semasa lawatan rasmi selama dua hari ke Qatar pada 28 Sept lepas.
Lawatan itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia, Ingress Corporation Bhd, dengan Barzan Holdings yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami