DOHA: Malaysia dan Qatar berhasrat meningkatkan kerjasama saintifik dan praktikal dalam memerangi rasuah dan berkongsi pengalaman untuk meningkatkan ketelusan dan integriti sektor swasta kedua-dua negara.
Presiden Pihak Berkuasa Kawalan Pentadbiran dan Ketelusan Qatar (ACTA) Hamad bin Nasser Al Misnad berkata demikian semasa pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan delegasinya di pejabat beliau di sini pada Ahad.
"ACTA mengalu-alukan semua bentuk kerjasama dengan SPRM dan sedia berkongsi kejayaan dan pengalaman Qatar dalam mencegah dan memerangi rasuah, yang dapat menyumbang kepada peningkatan integriti dan ketelusan bagi manfaat kedua-dua pihak," katanya dipetik oleh Agensi Berita Qatar.
Azam berada di Qatar untuk meninjau pengalaman negara itu dalam bidang anti-rasuah dan kerajaan digital.
Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak mengkaji usaha masing-masing dalam menggalakkan integriti dan memerangi rasuah, dengan mengambil kira persamaan kompetensi ACTA dan SPRM dalam bidang pencegahan, latihan dan memperkenalkan integriti dalam sektor swasta.
Hamad juga memuji usaha SPRM untuk mencapai kepimpinan dalam petunjuk antarabangsa yang berkaitan, serta usaha gigihnya untuk meningkatkan integriti dan ketelusan di peringkat antarabangsa, selain menganjurkan kursus latihan, dengan sokongan kerajaan Malaysia.
"Delegasi Malaysia telah mendengar pengalaman Qatar dalam memerangi rasuah, dan kedua-dua pihak akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama saintifik dan praktikal dalam perkara itu," tambahnya.
Sementara itu Azam berkata Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada majlis anugerah untuk pemenang Anugerah Kecemerlangan Antirasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Hamad Al Thani edisi ketiga pada 2018. Ketika itu, Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama merasmikan monumen antirasuah yang diperbuat daripada besi tahan karat di Dataran Putra di Putrajaya.
Monumen dalam bentuk tangan besi itu, melambangkan bahawa semua negara di dunia berganding bahu dalam memerangi rasuah.
Semasa pertemuan itu, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Qatar berkongsi dengan SPRM mengenai transformasi digital dan kerajaan digital di negara itu. Transformasi itu bertujuan meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan kepada individu dan syarikat, selain meningkatkan kecekapan proses pentadbiran kerajaan, meningkatkan tahap ketelusan dan keterbukaan kerajaan terhadap orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Presiden ACTA Hamad bin Nasser Al Misnad semasa pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan delegasinya di pejabat beliau di Doha. - Facebook ACTA Qatar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.