KUALA LUMPUR: Malaysia sedang dalam perancangan untuk bekerjasama dengan saintis dan pakar dari luar negara untuk membantu meningkatkan imej minyak sawit negara dan kebaikannya di peringkat antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata langkah berkenaan dijangka turut dapat memberi keseimbangan secara semula jadi kepada persepsi negatif yang dikaitkan dengan minyak sawit, sekali gus membantu memberi pandangan yang tidak bersifat berat sebelah.
"Memang benar kandungan vitamin E dan antioksidan dalam minyak sawit adalah satu perkara yang kita patut sebar luaskan. Sebab itu saya katakan tadi salah satunya kita perlu bekerjasama dengan pihak saintis dari luar negara untuk mengesahkan dan membantu kita dalam pemasaran ini.
"Kalau kita bergantung dalam negara sahaja, mungkin persepsi yang negatif itu perlu kita imbangi. Sebab itu kita perlu cari orang yang neutral untuk mengesahkan dan memasarkan produk kita ini," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata hakikatnya program pemasaran berhubung kelebihan sawit Malaysia diperluaskan kepada negara-negara baharu yang belum pernah diteroka.
"Sebab itu misalnya kita lihat pasaran baharu seperti Arab Saudi adalah satu pasaran baharu yang telah kita lihat peningkatan dari segi eksport minyak sawit kita ke sana. Banyak juga (negara-negara) dari benua Afrika di samping Mesir dan Turkiye yang kita lihat pasarannya meningkat," katanya.
Fadillah berkata KPK juga akan melipatgandakan usaha mempromosi kempen minyak sawit dalam pelbagai bahasa di media sosial.
"Mungkin kita boleh tambah apa yang kita sedang usahakan adalah mencari saintis dan pakar dari luar negara untuk berbicara supaya perbicaraan dan tulisan mereka dan apa sahaja yang mereka ulas boleh dirakam dan disebarkan sama ada secara terbitan elektronik atau media sosial," katanya.
Menurutnya Malaysia turut berurusan dengan pelobi dan konsultan di luar negara seperti Eropah dan Amerika Syarikat secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Fadillah berkata langkah berkenaan dijangka turut dapat memberi keseimbangan secara semula jadi kepada persepsi negatif yang dikaitkan dengan minyak sawit, sekali gus membantu memberi pandangan yang tidak bersifat berat sebelah. - BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia rancang kerjasama pakar luar negara tingkatkan imej minyak sawit negara - Fadillah
Malaysia dalam perancangan bekerjasama dengan saintis dan pakar dari luar negara untuk membantu meningkatkan imej minyak sawit negara dan kebaikannya di peringkat antarabangsa.