KUALA LUMPUR: Selain kekal merekodkan empat angka kes baharu, situasi COVID-19 di negara ini nampak semakin membimbangkan selepas 44 kematian lagi direkodkan hari ini.

Ini menjadikan ia jumlah kematian harian tertinggi di Malaysia selepas kali terakhir merekodkan kes tertinggi ialah dengan 39 kematian.

Berikut tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini: 

1. Malaysia merekodkan kematian tertinggi iaitu 44 kes, dengan jumlah keseluruhan kematian 1,866.

2. Sebanyak 4,140 lagi kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 466,330 kes.

3. Sebanyak 3,432 kes sembuh, dengan jumlah kes aktif  42,135.

4. Seramai 482 pesakit sedang dirawat di ICU, manakala 250 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

5.  Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 1,507 kes.