PUTRAJAYA: Bagi Malaysia, setiap negara bangsa perlu berani mengorak langkah ke arah mewujudkan dunia multipolar yang aman damai, menghormati diplomasi antarabangsa dan mewujudkan hubungan sejahtera sejagat.
Menyuarakan pandangan Malaysia pada Forum Ekonomi Timur Ketujuh (EEF) yang bertemakan "On the Path to a Multipolar World", Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dunia hari ini sedang bergerak ke arah multipolar yang membawa bersama ancaman serta peluang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak.
Ismail Sabri berkata semua negara harus dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan pengagihan kuasa baharu dalam mencorak masa hadapan yang lebih makmur, mampan dan saksama.
Dari perspektif Malaysia, katanya tiada negara yang boleh hidup secara terasing.
"Oleh itu, Malaysia sentiasa mengamalkan sikap mesra dan terbuka untuk menjalinkan persahabatan dengan mana-mana negara," katanya ketika menyertai sesi plenari EEF secara dalam talian.
EEF edisi ketujuh itu berlangsung secara fizikal di Vladivostok, sebuah bandar yang terletak di Timur Jauh Rusia bermula dari 5 Sept sehingga 8 Sept.
Menurut laman web rasmi EEF, forum berkenaan ditubuhkan pada 2015 untuk menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Rusia dan mengembangkan kerjasama antarabangsa di rantau Asia-Pasifik.
Ismail Sabri berkata Malaysia berpegang teguh kepada prinsip Kepaksian ASEAN serta prinsip-prinsip asas seperti saling bekerjasama, menghormati kedaulatan negara serta semangat membantu negara-negara anggota bagi mencapai keamanan dan kemakmuran serantau.
Sebagai salah sebuah negara pengasas perkumpulan ASEAN, Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan komuniti ASEAN dan integrasi serantau, katanya.
"Adalah menjadi harapan Malaysia agar semua rakan dialog ASEAN, memberi perhatian dan menghormati prinsip ini," katanya.
Mengupas dari sudut ekonomi dalam dunia multipolar itu, Ismail Sabri berkata terdapat beberapa negara membangun muncul sebagai kuasa ekonomi baharu.
Beberapa negara lain pula sedang bergerak ke arah menjadi pemangkin pertumbuhan tambahan, manakala ada yang berusaha untuk mencapai potensi dalam sistem baharu itu.
Menjelang 2040, katanya negara-negara Asia dijangka menguasai separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia serta 40 peratus daripada kuasa beli global dengan sebahagian besarnya berasal daripada negara-negara Asia Tenggara.
"Hampir 60 peratus daripada perdagangan di Asia adalah dalam kalangan negara-negara Asia sendiri. Ini jelas membuktikan bahawa Asia mampu mempengaruhi trend atau arah aliran perdagangan dunia dengan mengambil pendekatan bersifat serantau," katanya.
Pada sesi plenari EEF itu, Ismail Sabri turut menekankan bahawa dunia sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, daripada ketidaktentuan ekonomi, kesihatan awam, geopolitik sehingga ke perubahan iklim.
Ancaman tersebut, memberi impak tidak terjangka kepada dunia dan masyarakat antarabangsa sewajarnya memberi perhatian kepada isu-isu keselamatan bukan tradisional terutamanya sekuriti makanan, katanya.
Beliau berkata satu perspektif menyeluruh terhadap pelbagai ancaman keselamatan sejagat perlu diambil kira supaya satu penyelesaian bersifat komprehensif dapat dirangka dan dicapai secara bersama.
Persepsi ketidaksamarataan baik dari segi kuasa politik, kuasa ekonomi mahupun tahap pembangunan antara negara dan antara rantau berlainan, perlu diakui dan ditangani dengan berhemah terutamanya oleh kuasa-kuasa besar selaku pemain utama politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa, katanya.
Beliau berkata negara yang masih percaya pada hegemoni hanya akan mewujudkan perbalahan, ketegangan dan ketidakstabilan dalam aspek politik dan sosial.
"Sebarang penyelesaian yang mahu dicari tidak sepatutnya hanya menguntungkan satu pihak semata-mata tetapi seharusnya melibatkan semua pihak," katanya sambil menegaskan kestabilan politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa adalah penting untuk dunia terus bergerak ke hadapan.
Ismail Sabri menegaskan bahawa Malaysia kekal komited untuk terus maju ke hadapan bersama-sama negara-negara di dunia, dalam mencari kaedah terbaik bagi menangani cabaran masa kini secara lebih bermakna.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Ismail Sabri berkata semua negara harus dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan pengagihan kuasa baharu dalam mencorak masa hadapan yang lebih makmur, mampan dan saksama. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.