awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar jadi kuasa AI global - Wilson

Bernama
Bernama
30/07/2024
12:45 MYT
Malaysia sasar jadi kuasa AI global - Wilson
Menurut Wilson, Malaysia dalam kedudukan yang baik untuk membangunkan tenaga kerja AI di seluruh negara, dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meneraju dunia dalam inovasi dipacu AI generatif. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan merebut peluang yang dibawakan oleh pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) dengan berusaha lebih giat untuk menjadikan negara sebagai kuasa AI global, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Beliau berkata, kerajaan merealisasikan matlamat ini dengan memberi tumpuan serentak terhadap tiga aspek iaitu tenaga kerja AI, infrastruktur AI dan kepimpinan global dalam rantaian bekalan AI.
Menurut Wilson, Malaysia dalam kedudukan yang baik untuk membangunkan tenaga kerja AI di seluruh negara, dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meneraju dunia dalam inovasi dipacu AI generatif.
"Tenaga kerja AI Malaysia sedang dibangunkan melalui tiga inisiatif yang disokong kerajaan, iaitu pembinaan kemahiran, penyelidikan dan pembangunan AI, dan keusahawanan," katanya dalam ucaptama pada sidang kemuncak bertemakan 'Mentransformasikan Ekonomi Digital Global menerusi AI Generatif' pada Selasa.
Dari segi infrastruktur AI, beliau berkata pengkomputeran AI disediakan di pusat data yang disambungkan kepada grid elektrik dan rangkaian telekomunikasi, justeru telah menjadi sumber negara yang diperlukan Malaysia untuk memacu pertumbuhan ekonomi dipacu AI.
Menurut Wilson, Malaysia mempunyai permulaan kukuh menerusi pembinaan pusat data pengkomputeran AI dengan pelaburan komited lebih US$20 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Beliau berkata negara perlu membina momentum ini dan menawarkan akses mesra pembangun kepada pengkomputeran AI untuk penggunaan cekap sumber ini.
Mengenai pembinaan rantaian bekalan AI, katanya sebagai penggerak awal dalam transformasi ekonomi dipacu AI generatif, Malaysia beupaya menjadi peneraju global dalam segmen berkenaan.
"Kepimpinan global akan mendorong pertumbuhan dipacu AI dalam ekonomi Malaysia melebihi jangkaan McKinsey," katanya.
Kaji selidik yang diteraju McKinsey pada 2018 mendapati AI boleh meningkatkan kira-kira 1.2 peratus pertumbuhan ekonomi Malaysia melebihi asas kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus.
Sementara itu, sidang kemuncak berkenaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan The Hive, dengan sokongan Penjana Kapital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, dan Persatuan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia, bermatlamat untuk mendorong inovasi menerusi AI generatif dalam kalangan syarikat dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di Asia Tenggara.
Penceramah dalam sidang kemuncak itu antaranya terdiri daripada wakil syarikat tempatan dan asing, termasuk NVIDIA, YTL, Sunway, Gamuda, Google dan 500 Global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#keusahawanan
#pelaburan
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan