awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia tawar akreditasi TVET untuk ASEAN - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
11/06/2025
11:43 MYT
Malaysia sedia tawar akreditasi TVET untuk ASEAN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu telah dipersetujui menerusi satu mesyuarat yang diadakan bersama dengan menteri serta pegawai kanan negara anggota untuk koordinasi akreditasi berkenaan. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Malaysia bersedia menawarkan akreditasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang boleh diterima pakai oleh negara-negara ASEAN.

Ringkasan AI
  • Malaysia bersedia menawarkan sistem akreditasi TVET yang boleh diterima pakai oleh semua negara ASEAN, hasil persetujuan bersama dalam mesyuarat dengan menteri dan pegawai kanan rantau tersebut.
  • Kursus TVET di Malaysia kini disesuaikan mengikut keperluan industri, termasuk bidang seperti robotik, IoT dan kenderaan elektrik, bagi memastikan ia kekal relevan dan menarik minat pelajar.
  • Perdana Menteri dijadual merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC Melaka, dengan jangkaan pengumuman berita baik untuk pelajar TVET sempena acara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah dipersetujui menerusi satu mesyuarat yang diadakan bersama dengan menteri serta pegawai kanan negara anggota untuk koordinasi akreditasi berkenaan.
"Kita telah mengadakan mesyuarat dengan menteri-menteri dan pegawai kanan seluruh negara ASEAN bagi menyelaras sistem akreditasi industri TVET, dan Alhamdulillah, persetujuan telah dicapai.
"Insya-Allah, Malaysia akan menjadi negara pertama yang menawarkan akreditasi ini untuk diterima pakai oleh semua negara anggota ASEAN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena ASEAN TVET Council 4th Regional Policy Dialogue (ATC 4th RPD) bertemakan "TVET for Rural and Regional Advancement", di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata kerajaan kini menyesuaikan kursus-kursus TVET mengikut permintaan pemain industri agar ia kekal relevan dan menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Beliau berkata ekosistem TVET negara kini mula menawarkan kursus-kursus dalam bidang robotik, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan kenderaan elektrik yang sangat diperlukan oleh industri.
"Kita berharap usaha ini dapat mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini menganggap kursus TVET sebagai pilihan terakhir untuk anak-anak mereka," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri kemajuan Desa dan Wilayah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Hari TVET Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, esok.
Katanya, beliau menjangkakan akan ada pengumuman khabar gembira buat para pelajar TVET sempena perasmian berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
#akreditasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami