awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian

Bernama
Bernama
18/07/2024
03:40 MYT
Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
Mohamad Sabu ketika mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce. - Foto Facebook/Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.
"Saya dimaklumkan bahawa beliau (Maria Angela) dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk memperkukuh kerjasama pertanian dengan Malaysia, kerana negara kita merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di ASEAN," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Beliau berkata pertemuan itu, kali pertama sejak Maria Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November 2023.
Mohamad berkata beliau juga menjemput Filipina untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024, dari 11 hingga 22 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#pertanian
#kerjasama
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan