PUTRAJAYA: Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional Kebaya ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity bagi tahun 2023.
Kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.
"Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand bersetuju secara bersama menghantar pencalonan pelbagai negara bagi Kebaya kepada UNESCO kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan sejarah kita bersama, memupuk persefahaman silang budaya, kekal dengan kewujudannya dan diamalkan secara aktif oleh banyak komuniti di seluruh Asia Tenggara," kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya susulan konsensus untuk pencalonan berbilang negara, semua negara yang mengambil bahagian terlibat dalam beberapa siri mesyuarat kerja sejak awal 2022, dengan Malaysia menjadi tuan rumah bengkel fizikal pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Nov 2022, diikuti oleh bengkel kedua di Jakarta, Indonesia pada bulan Februari lepas.
"Dengan penglibatan pegawai kerajaan, pakar, dan wakil komuniti Kebaya dari semua negara yang mengambil bahagian, dokumen pencalonan Kebaya dikemas kini dan diperkemas mengikut format baharu oleh UNESCO.
"Bengkel terakhir yang diterajui Singapura dijalankan secara dalam talian bagi memuktamadkan dosir pencalonan pada Mac 2023," katanya.
Menurut MOTAC, Kebaya menepati definisi elemen warisan budaya tidak ketara (ICH) kerana ia melibatkan kemahiran ketukangan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk membuat pakaian wanita tradisional ini.
"Kebaya juga dikaitkan dengan bentuk warisan budaya lain, seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti aktif pembuat dan pemakai Kebaya yang berkongsi dan menyampaikan ilmu serta nilai sosiobudaya Kebaya daripada satu generasi ke satu generasi berikutnya," katanya.
MOTAC berkata langkah pencalonan pelbagai negara secara bersama akan memastikan bahawa Kebaya dilindungi menerusi pelaksanaan kursus dan bengkel formal, usaha promosi, serta usaha dokumentasi atau penyelidikan dengan sokongan negara pencalonan dan komuniti mereka.
"Kebaya memberi peluang kepada kita untuk mempromosi dan meraikan warisan budaya bersama yang terdapat di rantau Asia Tenggara ini," menurut kenyataan itu.
MOTAC berkata keputusan pencalonan akan diputuskan semasa Sesi Ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. - BERNAMA
Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
AWANI Borneo [24/05/2024] - SHMMP Kaamatan, Gawai | Hasil negeri 40 peratus | Banjir kilat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
RM50 juta dilulus selenggara pavemen, bukan pavemen Sarawak
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Sarawak bagi Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan di seluruh negeri yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4.
56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing apabila sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi Jumaat.
Harungi cabaran kewartawanan, berita baik akan diumum PM buat pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula esok
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Kenyataan Tiong boleh undang perpecahan GPS - Abdul Karim
Naib Presiden PBB Datuk Seri abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakawa tiada lagi kerusi tradisi di Sarawak dalam politik era moden
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri menarik balik semua hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu "locus standi" SLS kerana isu ini tidak dibangkitkan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Sabah.
Bekalan beras mencukupi, bekalan terus dipantau
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan stok bekalan beras di Sabah dan Sarawak mencukupi menjelang Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
Keretapi Sarong 2023: Pasangan Baba dan Nyonya teruja kongsi budaya Peranakan
Aunty Joo berkata, KS2023 telah membawa beliau mengimbau nostalgia saat remajanya selain berpeluang melihat pelbagai jenis dan corak pakaian generasi muda hari ini.
Dokumentasi pencalonan bersama berbilang negara bagi kebaya kepada UNESCO sedang disiapkan - MOTAC
MOTAC sedang menyiapkan dokumentasi yang diperlukan untuk pencalonan bersama bagi pakaian tradisional Kebaya ke UNESCO di bawah kategori ICH of Humanity bagi tahun 2023.
Malaysia serah pencalonan bersama berbilang negara bagi kebaya kepada UNESCO
Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional Kebaya ke UNESCO bagi tahun 2023.
Tinjauan MAS berkaitan ubah pakaian ikonik kebaya cetus kritikan
MAS mahu membenarkan pramugari yang memperagakan kebaya ikonik memilih untuk berhijab ketika bertugas.
Demi martabatkan warisan, empat negara termasuk Malaysia sepakat calonkan kebaya ke Unesco!
Memartabatkan kebaya yang telah wujud sejak permulaan abad ke-20 sebagai busana budaya dan tradisi banyak masyarakat di Asia Tenggara.
Tampil berkebaya di rumah terbuka, Bunga Citra Lestari dipertikai netizen
Isteri kepada aktor Ashraf Sinclair ini telah mengundang pertikaian netizen yang bercanggah pendapat mengenai pakaiannya di ruangan komen.
Netizen Malaysia-Indonesia 'berbalah' soal 'hak milik' menara KLCC
Perbalahan dipercayai berlaku apabila So Hee Hwang atau lebih dikenali DJ Soda berkongsi memuat naik gambarnya berkebaya batik berlatarbelakangkan KLCC di laman Instagramnya.