awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sertai CAEXPO 2024 sebagai negara tetamu kehormat

Bernama
Bernama
24/09/2024
21:30 MYT
Malaysia sertai CAEXPO 2024 sebagai negara tetamu kehormat
Anthony tiba di Nanning bagi mewakili kerajaan Malaysia di ekspo berkenaan. - Foto Facebook/Anthony Loke
PUTRAJAYA: Malaysia menyertai Ekspo China-ASEAN 2024 (CAEXPO) di Nanning, Guangxi, China, bermula hari ini hingga Sabtu, dan diberi penghormatan selaku 'negara tetamu kehormat'.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke tiba di Nanning bagi mewakili kerajaan Malaysia di ekspo berkenaan.
"Pada edisi ke-21, CAEXPO telah menganugerahkan Malaysia sebagai 'negara tetamu kehormat' yang memperlihatkan peranan penting negara dalam memupuk perdagangan dan pelaburan serantau," menurut kenyataan itu.
MOT memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan beliau secara maya pada majlis perasmian yang dilakukan bersama Timbalan Perdana Menteri China Ding Xuexiang dan Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.
Ekspo berkenaan menampilkan Pavilion Malaysia yang menyaksikan penyertaan 150 organisasi termasuk 10 kementerian dan agensi kerajaan serta tiga persatuan perdagangan
Menurut MOT, Pavilion berkenaan mengetengahkan sektor strategik Malaysia seperti pembuatan, pertanian dan teknologi.
Pavilion Malaysia telah menarik perhatian, dengan Ding melawat pavilion berkenaan selepas majlis perasmian.
"Lawatan beliau mencerminkan betapa pentingnya hubungan Malaysia-China dan komitmen bersama untuk meningkatkan kerjasama ekonomi di rantau ini," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Loke dalam kenyataan sama berkata kehadiran Malaysia di CAEXPO menunjukkan komitmen negara untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan China serta ASEAN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CAEXPO 2024
#Anthony Loke
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan