KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru supaya perpaduan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diperkukuh bagi menghadapi cabaran yang dihadapi Dunia Islam, terutamanya dalam menangani keadaan di Palestin dan Timur Tengah.
Ketika menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Islam ke-15 di Banjul, Gambia, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa OIC supaya terus memperhebatkan usaha bersama negara lain untuk mencapai empat perkara utama berhubung Palestin.
Empat perkara itu ialah melaksanakan gencatan senjata dengan segera dan berkekalan, menyediakan akses selamat dan tanpa gangguan untuk penghantaran bantuan, memastikan kebertanggungjawapan Israel terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan penerimaan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, katanya.
Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada Isnin selepas berakhirnya sidang kemuncak itu, Mohamad yang mewakili Malaysia pada persidangan itu juga menggesa OIC untuk menggandakan usahanya dalam memerangi Islamofobia.
"Menteri Luar juga mengetengahkan inisiatif Malaysia untuk mempromosi dialog antara agama dan antara budaya bagi memupuk keamanan, kesederhanaan dan toleransi agama sebagai pendekatan untuk merapatkan jurang ketidakfahaman yang menjurus kepada Islamofobia," kata Wisma Putra.
Sidang Kemuncak itu dianjurkan oleh OIC.
Wisma Putra berkata Mohamad juga menggesa OIC untuk meneruskan usaha membantu minoriti Muslim di luar negara OIC termasuk Rohingya selain menambah baik keadaan mereka.
Beliau juga menekankan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota OIC untuk memacu ke hadapan agenda pembangunan mampan.
Wisma Putra berkata Mohamad menyertai satu perbincangan semasa taklimat oleh Menteri Kehakiman dan Peguam Negara Gambia dalam perkembangan prosiding kes Gambia melawan Myanmar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan isu Rohingya.
"Malaysia memuji usaha Gambia bagi pihak OIC dan memandang ICJ sebagai laluan berwibawa untuk meletakkan ketanggungjawapan terhadap kekejaman ke atas Rohingya," katanya.
Wisma Putra berkata sidang itu menerima pakai tiga dokumen - Kenyataan Akhir Sidang Kemuncak Persidangan Islam ke-15, Deklarasi Banjul dan Resolusi mengenai Isu Palestin dan Al-Quds Ash-Sharif.
Dokumen-dokumen ini menekankan komitmen dan inisiatif yang akan diambil negara anggota OIC dalam menangani cabaran dihadapi ummah, katanya.
Semasa di Banjul, Wisma Putra berkata Mohamad bertemu dengan rakan sejawat dari Bangladesh Dr Hasan Mahmud untuk membincangkan cara meningkatkan kerjasama dua hala, termasuk meneroka peluang perniagaan, perdagangan dan pelaburan baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa OIC supaya terus memperhebatkan usaha bersama negara lain untuk mencapai empat perkara utama berhubung Palestin. - Foto Facebook Mohamad Hasan
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."