awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sokong keputusan Qatar selesai krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza - PM

Bernama
Bernama
18/08/2024
14:13 MYT
Malaysia sokong keputusan Qatar selesai krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong penuh keputusan Qatar untuk mengutamakan penyelesaian krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong penuh keputusan Qatar untuk mengutamakan penyelesaian krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza.
Anwar berkata ini susulan perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Qatar, petang tadi berhubung perkembangan terkini di Timur Tengah.
Beliau berkata Sheikh Mohammed menekankan bahawa peluang untuk memperoleh hasil positif dalam rundingan gencatan senjata yang berlangsung antara Palestin dan Israel ialah dengan mengambil tindakan pantas bagi memanfaatkan detik itu.
"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap peranan penting Qatar dan mengulangi komitmen kita untuk membantu dalam misi penting ini atas permintaan Sheikh Mohammed.
"Insya-Allah, tidak lama lagi saya akan menghubung Presiden Iran dan wakil Hamas sebagaimana yang diminta oleh Sheikh Mohammed bagi memudah cara rundingan damai, menguatkuasakan gencatan senjata dan mempercepat penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin," kata Anwar dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Malaysia
#sokong
#Qatar
#krisis kemanusiaan di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan