KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi salah satu daripada 32 negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) menyokong resolusi 'situasi hak manusia di Ukraine berpunca daripada keganasan Rusia' yang dimuktamadkan dalam debat khas selama dua hari bermula Jumaat.
Menurut Kementerian Luar, resolusi itu diluluskan selepas 32 anggota MHAM menyokong, manakala dua menentang dan 13 lagi mengambil pendirian berkecuali.
Malaysia menyokong resolusi itu berdasarkan komitmen negara terhadap prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutamanya menghormati kedaulatan serta integriti wilayah sesebuah negara.
Malaysia turut menyatakan kebimbangan ke atas konflik itu yang menjadi bertambah buruk dan bakal bertukar menjadi situasi kemanusiaan di kawasan bergolak.
Malaysia menyeru semua pihak segera mengambil langkah segera untuk meredakan ketegangan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan teruk berlaku.
Malaysia turut menyeru semua pihak agar meneruskan dialog dan meneliti segala kemungkinan bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik terbabit secara damai, berlandaskan piagam PBB dan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.
Selain itu, Malaysia turut menyeru agar laluan masuk yang selamat dan tanpa halangan dapat diberikan, terutamanya di kawasan utama konflik.
Katanya, ini bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan dengan secepat mungkin kepada semua pihak yang terkesan, terutamanya golongan rentan.
Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia sudah terbabit secara konstruktif semasa rundingan resolusi itu dan akan terus mengambil pendekatan objektif dan tidak berkecuali dalam usaha memudah cara proses dialog dan berdamai.
Malaysia juga katanya, bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian damai kepada konflik yang sedang berlaku.
Astro Awani
Sat Mar 05 2022
Malaysia sudah terbabit secara konstruktif semasa rundingan resolusi itu dan akan terus mengambil pendekatan objektif. - Foto Facebook/Wisma Putra
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.
KPT semak kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Populasi Ukraine dianggar menurun sebanyak 10 juta sejak 2014 - UNFPA
Florence Bauer berkata, lapan juta daripada penurunan jumlah populasi itu berlaku sejak konflik Moscow-Kyiv pada 2022.
Warga AS dihukum penjara lebih 6 tahun oleh mahkamah Moscow dalam kes tentera upahan
Mahkamah mendapati Hubbard bersalah atas jenayah di bawah Perkara 359, Seksyen 3 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
Rusia lapor tembak jatuh 125 dron Ukraine
Pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh 125 dron Ukraine, menurut Kementerian Pertahanan pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rusia, Ukraine tukar 206 tahanan dalam masa dua hari
Pertukaran tahanan itu berlaku selepas kejayaan rundingan di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi orang tengah.
Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan.