JOHOR BAHRU: Kerajaan kini dalam usaha mengurangkan kebergantungan import makanan negara selain mahu memperkasakan sektor pertanian negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah yang akan diterajui Jabatan Pertanian itu merupakan usaha jangka sederhana seterusnya dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Jelasnya, kini negara mengimport produk makanan termasuk benih tumbuhan dengan nilai amat besar dan menelan kos hampir RM70 bilion setahun.
"Jangka sederhana bererti penanaman. Malaysia ini mempunyai hujan, air, kesuburan tanah, namun kita import produk makanan amat besar sehingga RM70 bilion setahun.
"Kerajaan India juga dilaporkan akan naikkan cukai eksport bawang merah dan bawang putih sehingga 40 peratus, ia bukan di bawah kawalan kita.
"Ia belum dilaksanakan (cukai eksport bawang) tetapi kita menjangka apabila dilaksanakan harga dua keperluan ini akan naik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat dan penyampaian Bantuan Bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program Jualan Rahmah mencatatkan jualan dan pengunjung yang tinggi setiap kali diadakan sekali gus membuktikan langkah kerajaan itu berjaya memanfaatkan rakyat.
Jelasnya, pencapaian tersebut menepis kritikan sesetengah pihak berkenaan isu harga barang tidak memberi impak kepada rakyat.
"Menerusi Jualan Rahmah, peniaga masih dapat keuntungan yang munasabah. Rakyat juga tidak menerima tekanan daripada peniaga sehingga harga barang itu terlalu tinggi.
"Ada hal yang kita kawal, telur dan ayam umpamanya untuk harga rendah, kerajaan yang tampung menerusi subsidi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 25 2023
Anwar berkata, negara mengimport produk makanan termasuk benih tumbuhan dengan nilai amat besar dan menelan kos hampir RM70 bilion setahun. - Gambar fail
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan tiga lagi klon kopi baharu jenis Liberica.
Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu
Media melaporkan Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan eksport beras daripada 7.1 juta tan tahun lalu kepada empat juta tan setiap tahun menjelang 2030.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu
Sebanyak RM193.6 juta kerugian dicatatkan sepanjang tempoh dua tahun lalu melibatkan sektor pertanian, perikanan serta penternakan akibat bencana banjir.
Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana jika virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.