Kerajaan bersetuju menangguhkan penggunaan petrol dan diesel berkualiti tinggi yang mengikut standard bahan bakar Eropah atau RON95-Euro 4M sehingga 1 Jan 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Malaysia sepatutnya mengguna pakai petrol RON95-Euro 4M pada Disember tahun lepas.
Katanya, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Kabinet dan mendapat persetujuan untuk ditunda penggunaannya.
"Kita telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat minyak untuk kita melanjutkan tempoh penggunaannya di Malaysia sehingga 2020," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive, di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan masih belum bersedia untuk melaksanakan penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M kerana kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan perlu menumpukan kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
"Namun begitu, penangguhan (penggunaan RON95-Euro 4M) tidak akan berlarutan dengan terlalu lama kerana negara terikat dengan komitmen perjanjian antarabangsa yang memerlukan kita menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 29 2019
Kerajaan baharu pimpinan PH masih belum bersedia melaksanakan penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M kerana perlu menumpukan kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. - Gambar hiasan
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9.19 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada petang urus niaga Rabu.
Etihad Airways lancar pesawat cekap bahan bakar
Syarikat penerbangan terkemuka Etihad Airways melancarkan pesawat cekap bahan bakar.
Malaysia tangguh penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia sepatutnya mengguna pakai petrol RON95-Euro 4M pada Disember tahun lepas.
Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok
Saintis kejuruteraan kimia dari Lund University Christian Hulteberg, menggunakan bahan kimia yang terhasil daripada sisa habuk kayu atau pulpa.
Harga minyak: Ambil kira kepentingan pembeli, penjual - Tun Mahathir
Perdana Menteri menjelaskan penetapan harga runcit petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual.
Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk empat minggu berturut-turut.
Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok
Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.
Penumpang gemuk bayar lebih tiket pesawat: Ahli ekonomi
Cadangan kontroversi mengutarakan penumpang gemuk dikehendaki membayar surcaj tiket pesawat menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia.