Malaysia terus pertingkat tekanan antarabangsa terhadap Israel

Mohamad Alamin (foto) berkata ini dinyatakan menerusi sokongan kuat dan penyertaan aktif Malaysia sejak sekian lama dalam prosiding pendapat nasihat ICJ mengenai Palestin, pada 2004, 2024 dan 2025. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus meningkatkan tekanan bagi memastikan rejim Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap rakyat Palestin, termasuk melalui pelaksanaan penuh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Ringkasan AI
- Malaysia akan terus meningkatkan tekanan terhadap rejim Israel atas pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap rakyat Palestin, termasuk melalui pelaksanaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
- Malaysia terlibat secara aktif dalam prosiding pendapat nasihat ICJ mengenai Palestin pada tahun 2004, 2024, dan 2025, menunjukkan pendirian tegas negara dalam isu ini.
- Keputusan ICJ yang berpihak kepada Palestin disokong oleh Malaysia menerusi hujah-hujah perundangan yang dipersembahkan, dan Malaysia berusaha bersama negara lain untuk memastikan kepatuhan Israel terhadap undang-undang antarabangsa.
"Pada 22 Okt 2025, ICJ mengeluarkan pendapat yang berpihak kepada Palestin. Keputusan itu turut mengesahkan hujah-hujah perundangan Malaysia yang dikemukakan melalui kenyataan bertulis pada 28 Feb 2025 dan kenyataan lisan pada 28 April 2025 di ICJ dalam menyokong prosiding tersebut," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Hussin Ismail yang ingin tahu langkah dan usaha konkrit kerajaan di peringkat antarabangsa bagi memastikan Israel dikenakan tindakan sewajarnya di bawah undang-undang antarabangsa atas pelanggaran berterusan terhadap perjanjian gencatan senjata dan jenayah terhadap penduduk Palestin.
Mohamad berkata prosiding pendapat nasihat ICJ pada 2004, 2024 dan 2025 amat penting kerana ia mengesahkan kependudukan haram Israel sebagai tidak sah, serta membuktikan tindakan rejim itu yang mencabar undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia, termasuk hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri.
Beliau berkata Malaysia melalui Kumpulan The Hague kini terus menerajui pelaksanaan keputusan-keputusan ICJ, termasuk melalui sekatan perdagangan terhadap Israel dan larangan kapal Israel berlabuh termasuk di negara ini.
"Keputusan ICJ merupakan kemenangan moral, politik dan perundangan bagi rakyat Palestin. Kini Malaysia juga sedang bekerjasama dengan negara-negara sependirian untuk mengemukakan usul, satu resolusi di Perhimpunan Agung PBB bagi melaksanakan pendapat nasihat terbaru ini," katanya.
Menjawab soalan tambahan mengenai langkah diambil Malaysia berhubung rang undang-undang hukuman mati mandatori terhadap tahanan Palestin yang diluluskan bacaan kongres Israel baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa apa juga tindakan unilateral Israel terus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.
"Itu sebabnya Malaysia bersama banyak negara sependirian akan terus memberikan tekanan antarabangsa... kita bersama-sama dengan Kumpulan The Hague akan terus memberikan tekanan terhadap Israel supaya mereka patuh terhadap undang-undang antarabangsa dikeluarkan ICJ, kemudian diangkat semula ke PBB dan akan diperakukan.
"Insya-Allah 12 Dis (esok) akan ada undian terhadap pendapat nasihat yang diputuskan ICJ baru-baru ini. Ini penting dan kita juga minta PBB supaya melaksanakan apa jua sekatan yang boleh dikenakan terhadap Israel," katanya.
Beliau berkata Malaysia juga mengekalkan pendirian menyokong kes Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ berhubung pencabulan Konvensyen Genosid 1948 serta tindakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi membendung budaya kekebalan daripada hukuman yang melindungi rejim Zionis.
Menjawab pertanyaan mengenai bantuan kepada Palestin dibangkitkan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Mohamad berkata Malaysia telah memulakan koordinasi dengan beberapa negara termasuk Jepun untuk pelan membina semula Gaza, dengan sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan digunakan bagi tujuan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata usaha pemulihan hanya boleh dimulakan apabila gencatan senjata penuh dilaksanakan selain memaklumkan kekangan pintu masuk bantuan yang belum stabil untuk membawa bekalan bantuan oleh badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan berita terkini di sini

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang dilakukan Malaysia bagi memastikan rejim Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap rakyat Palestin? A: Malaysia akan terus meningkatkan tekanan dan terlibat dalam prosiding ICJ, menyokong keputusan yang berpihak kepada Palestin, serta menerajui langkah-langkah pelaksanaan keputusan-keputusan ICJ.
- Q: Apakah tindakan Malaysia seterusnya selepas keputusan ICJ yang berpihak kepada Palestin? A: Malaysia akan bekerjasama dengan negara lain untuk mengemukakan resolusi di Perhimpunan Agung PBB bagi melaksanakan pendapat nasihat terbaru ICJ, serta memberikan tekanan antarabangsa terhadap Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa.
- Q: Apa sumbangan Malaysia dalam bantuan kepada Palestin? A: Malaysia telah memulakan koordinasi dengan beberapa negara termasuk Jepun untuk pelan pemulihan semula Gaza, dengan sebahagian daripada peruntukan RM100 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan digunakan bagi tujuan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

