Kerajaan tidak akan bayar walau satu sen pun kos bagi menghantar kontena berisi sisa plastik kembali ke negara asalnya, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) Yeo Bee Yin.
Beliau berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan kerajaan Pulau Pinang dalam menguruskan perkara itu dan sudah menghubungi pejabat-pejabat kedutaan yang terlibat bagi menghantar balik bahan sisa itu kepada syarikat-syarikat dan negara yang terlibat.
Beliau berkata wakil dari United Kingdom tiba di Pulau Pinang beberapa hari lepas bagi mengenal pasti pemilik 42 daripada of 265 kontena yang berisi dengan sisa plastik yang ditemui ditinggalkan di North Butterworth Container Terminal (NBCT) sejak Januari lalu.
"Mengenal pasti penghantar bukan isunya, tapi prosedur itu sendiri akan mengambil masa," katanya.
Dalam perkembangan lain, Teo berkata kerajaan akan memberikan bantuan sokongan yang sewajarnya kepada kerajaan Pulau Pinang dalam menangani isu berkaitan peningkatan paras laut disebabkan perubahan iklim.
Beliau berkata kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan kearah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berdaya tahan dalam menangani isu perubahan iklim.
Terdahulu dalam ucapannya, Yeo mengumumkan inisiatif kerajaan memberikan insentif kepada Pulau Pinang bagi memangkin penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia dan menarik lebih banyak pelajar mengikuti pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Insentif yang diumumkan termasuk pemasangan empat set panel solar di tiga buah sekolah di Pulau Pinang dan satu entiti pilihan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), serta peruntukan RM500,000 kepada Tech Dome Penang bagi menawarkan kemasukan percuma kepada pelajar.
Dengan tema 'Penang Green and Smart City', program tiga hari yang menampilkan 70 ruang pameran itu dikatakan sebagai PGIGCE terbesar yang pernah dianjurkan di sini. -- Bernama
Bernama
Sat Sep 28 2019
Sebahagian daripada 271 kontena sisa plastik dari luar negara yang masih terdapat di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada 14 Jun lalu. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia tidak akan bayar kos untuk kembalikan sisa yang diimport ke negara asal
Kerajaan tidak akan bayar walau satu sen pun kos bagi menghantar kontena berisi sisa plastik kembali ke negara asalnya.