KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menutup mana-mana platform media sosial termasuk TikTok buat masa ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Malaysia menyedari beberapa negara telah mengambil langkah menutup paltform media sosial di negara berkenaan atas faktor-faktor tertentu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan, beberapa langkah sedang dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap keselamatan terhadap penggunaan platform media sosial.
"Pertama, kerjasama dengan lebih baik daripada platform media sosial serta undang-undang yang mungkin padu atau pun lebih sesuai manfaat dengan keperluan sekarang.
"Ini akan dapat membantu negara, ekonomi dan rakyat kita meraih manfaat daripada pengguna platform-platform ini.
"Walau bagaimanapun kita mengambil maklum ada sejumlah negara seperti India contohnya telah menutup TikTok sejak lima atau enam tahun lalu. Di China pula, TikTok tidak wujud langsung tetapi menggunakan aplikasi berbeza iaitu Douyin," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (BN-Batu Pahat) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menutup Tiktok dan media sosial lain yang memudaratkan seperti yang dilaksanakan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS).
Menjawab lanjut, jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, isu yang berlaku di AS lebih menjurus kepada aspek pemilikan data dan bukan aplikasi media sosial semata-mata.
"Jadi kalau kita lihat antara negara-negara ini dengan penyedia platform, ada mungkin aspek-aspek lain. Mereka mungkin ada senario berbeza yang mereka ingin tangani.
"Di Malaysia, pada masa ini saya ulang tidak berhasrat untuk menutup mana-mana platform media sosial," katanya lagi.
Dalam masa sama, Fahmi menambah antara langkah yang akan ditangani secara menyeluruh termasuk bahan pornografi dan penjualan produk-produk yang tidak sepatutnya di media sosial.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Statista, jumlah pengguna TikTok di Malaysia dianggarkan mencecah sekitar 14 juta pada 2022, dan ia dijangka terus meningkat antara 2023 dan 2027.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 13 2024
Fahmi berkata, Malaysia menyedari beberapa negara telah mengambil langkah menutup paltform media sosial di negara berkenaan atas faktor-faktor tertentu. - Gambar fail
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia tidak berhasrat tutup TikTok, media sosial lain - Fahmi
Beberapa langkah sedang dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap keselamatan terhadap penggunaan platform media sosial di negara ini.