Malaysia adalah negara berdaulat yang tidak akan memberikan kewarganegaraan dengan mudah, termasuk anak-anak tanpa kad pengenalan, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang memperoleh kewarganegaraan secara automatik.
Jelasnya, kewarganegaraan individu ditentukan oleh status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta perundangan berkaitan.
"Ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf anak-anak tanpa kad pengenalan atau individu yang belum ditentukan kewarganegaraan dan ditaraf, perlu mengemukakan dokumen sah kepada kerajaan sebelum meluluskan permohonan kewarganegaraan memandangkan terdapat kes penipuan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Hamzah menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk memudah proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan bagi menangani isu itu secara cepat dan holistik.
Hamzah berkata kementerian telah menambah baik Prosedur Pengendalian Standard (SOP) Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dengan tempoh pemprosesan lebih singkat bagi permohonan lengkap yang diterima mulai tahun 2020.
Beliau berkata penambahbaikan SOP berkenaan adalah berdasarkan pada pematuhan syarat di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai penyelesaian bagi isu anak-anak tanpa kad pengenalan atau stateless children, Hamzah berkata:
"Yang penting kepada kita, tengok kalau kita tak boleh beri kerakyatan kita pastikan sekurang-kurangnya mereka ada identiti untuk hidup di negara kita. Pada saya, mereka adalah citizen of the world, sama ada mereka di Sabah atau di mana pun.
"Mereka masih lagi manusia, sebab itu saya nak pastikan setiap mereka mempunyai identiti, itu yang patut kita berikan, bukan kita tentukan semua yang stateless mesti diberikan kewarganegaraan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
HAMZAH: Yang penting kepada kita, tengok kalau kita tak boleh beri kerakyatan kita pastikan sekurang-kurangnya mereka ada identiti untuk hidup di negara kita. - Gambar fail
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung