awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak import beras palsu, keselamatan makanan dijamin - KKM

Bernama
Bernama
27/01/2017
00:29 MYT
Malaysia tidak import beras palsu, keselamatan makanan dijamin - KKM
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu telah disahkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia tidak mengimport jenis beras palsu seperti yang ditularkan di media sosial kebelakangan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu telah disahkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan hasil pemantauan KKM juga mendapati bahawa jenis beras jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE yang didakwa dihasilkan daripada plastik tidak dijual di negara ini.
"Sepertimana yang dimaklumkan melalui kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan pada 21 Mei 2015, beras yang diimport ke negara ini kebiasaannya adalah daripada Vietnam, Thailand dan Pakistan sebagaimana dimaklumkan oleh Bernas.
"Menurut Bernas, kesemua beras tersebut diimport secara pukal dan akan dibungkus di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.
Pengguna boleh membuat aduan kepada KKM sekiranya terdapat keraguan dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Aduan juga boleh dibuat melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beras palsu
#BERNAS
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan