PUTRAJAYA: Malaysia tidak sesekali akan membenarkan rumah pelacuran dibuka, kerana undang-undang negara jelas tidak membenarkan perkara itu berlaku, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata apa jua perkara yang ingin dilaksanakan di negara ini perlu dibuat berdasarkan undang-undang yang telah termaktub.
"Kita kena ikut undang-undang. Tak boleh di Malaysia, tidak dibenarkan rumah pelacuran... tak boleh," katanya semasa mengulas kenyataan pelakon terkenal tanah air Rosyam Nor menerusi audio siar (podcast) Hitam Putih Kehidupan yang menyarankan pusat pelacuran disediakan untuk 'kemudahan' warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.
Ketika ditemui selepas sesi ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) di sini hari ini, Fahmi turut bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bahawa cadangan pembukaan rumah pelacuran itu bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.
"Saya rasa jawapan daripada menteri agama itu beri kita ruang untuk muhasabah. Saya setuju dengan pandangan menteri agama, tidak boleh perkara ini," katanya.
Mohd Na'im dalam kenyataan hari ini berkata cadangan membuka rumah pelacuran kepada warga asing sebagai langkah mengurangkan kes rogol dalam negara ini seperti yang diutarakan seorang pelakon tidak boleh diterima sama sekali.
Ditanya adakah kerajaan akan mengawal selia (regulate) kandungan podcast, Fahmi berkata; "Kita tiada rancangan mengenainya setakat ini, tapi anda baru saja berikan saya satu idea".
Sementara itu ketika diminta mengulas dakwaan pemimpin parti politik (PN) terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, Fahmi berkata perkara berkenaan berada dalam siasatan pihak berkuasa dan pihaknya memandang serius dakwaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Fahmi berkata apa jua perkara yang ingin dilaksanakan di negara ini perlu dibuat berdasarkan undang-undang yang telah termaktub. - Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Lima wanita dibunuh dalam sehari
Tiga daripadanya ditemui mati akibat ditikam tanpa perikemanusiaan di sebuah rumah pelacuran di daerah Brigittenau.
Rosyam Nor minta maaf
"Sebenarnya, itu (video tular) adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk Otak Porno dan ia adalah perbincangan."
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Januari 2024.
Malaysia tidak sesekali benarkan rumah pelacuran dibuka - Fahmi
Malaysia tidak sesekali akan membenarkan rumah pelacuran dibuka, kerana undang-undang negara jelas tidak membenarkan perkara itu berlaku, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Cadangan rumah pelacuran untuk warga asing tingkat kes jenayah, maksiat
Kewujudan rumah pelacuran bukanlah penyelesaian bagi mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing, sebaliknya ia hanya meningkatkan kes jenayah dan maksiat di negara ini.
Skandal RM14.9 juta: Mahkamah tetapkan perbicaraan kes rumah pelacuran mulai 19 Feb
Ia susulan pembongkaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang berjaya menemukan wang tunai RM14.9 juta pada 24 November lalu.