KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Malaysia menolak segala bentuk keganasan dalam konflik bersenjata yang berlaku ketika ini.
Seri Paduka bertitah keganasan itu termasuk pengeboman terhadap orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, elektrik dan makanan kepada orang awam.
"Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk menolak bentuk keganasan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan antarabangsa.
"Barisan kepimpinan termasuk pemimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan hendaklah berpegang teguh kepada prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat.
"Beta khuatir, jika kita tidak menerapkan prinsip itu mulai sekarang, nescaya sebarang pertikaian pada masa hadapan akan berakhir dengan konflik bersenjata yang mengetepikan segala bentuk rasional kemanusiaan," titah Yang di-Pertuan Agong.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.
Seri Paduka bertitah mengambil kira konflik bersenjata yang sedang berlaku itu, UPNM wajar dijadikan sebagai sebuah pusat utama dalam menerapkan kefahaman dan pematuhan masyarakat serta pemimpin masa hadapan negara terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor UPNM bertitah hal ini kerana undang-undang antarabangsa merupakan peraturan yang menekankan kepada elemen kemanusiaan dalam mengawal kesan buruk akibat konflik bersenjata dan peperangan.
"Dalam era yang mencabar ini, peranan institusi pengajian tinggi menuntut anjakan paradigma baharu ke arah kecemerlangan sebagai institusi sandaran rakyat dan negara.
"UPNM sebagai sebuah universiti pertahanan premier di rantau ini bertanggungjawab untuk melahirkan pemimpin masa depan dalam menjayakan dan mempertahankan kelangsungan kepentingan strategik negara," titah Seri Paduka.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah UPNM perlu mendepani cabaran realiti geopolitik semasa dengan bijaksana dan sentiasa meneroka serta mengenal pasti bidang baharu dalam landskap keselamatan dan pertahanan.
Konvokesyen kali ini menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 1,490 graduan merangkumi 11 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 93 (Ijazah Sarjana), 986 (Sarjana Muda) dan 400 (Diploma).
UPNM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada bekas Panglima Angkatan Tentera iaitu Jen (B) Tan Sri Azizan Ariffin dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik dan Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam bidang Strategik dan Hubungan Antarabangsa.
Bekas Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Datuk Khalid Ghanim Mohammed AlGhaith pula menerima anugerah berkenaan dalam bidang Hubungan Antarabangsa.
Istiadat kali ini turut menyampaikan Hadiah Akademik 2023 kepada 60 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan berangkat pada Istiadat Konvokesyen ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. -Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.