awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tumpu tiga sektor untuk tampil peneraju serantau - Rafizi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/06/2023
10:05 MYT
Malaysia tumpu tiga sektor untuk tampil peneraju serantau - Rafizi
Rafizi menegaskan Malaysia merupakan pintu masuk paling strategik untuk mencapai pasaran 600 juta populasi dan pasaran di rantau ini. - Fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan meletakkan sasaran Malaysia bakal menjadi peneraju serantau dengan tumpuan diberikan dalam sektor peralihan tenaga, teknologi dan digital serta keselamatan makanan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kementeriannya memilih tiga sektor berkenaan memandangkan negara mempunyai kelebihan tersendiri untuk menyaingi negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
"Kementerian ketika ini mempunyai visi jelas untuk menjadikan Malaysia peneraju dalam tiga sektor. Pertama, sektor peralihan tenaga. Berbanding dengan sektor-sektor lain, sektor peralihan tenaga ini merupakan sektor yang negara kita mempunyai kelebihan sebagai pemain utama di rantau ini.
"Kedua, digital dan teknologi. Berbanding dengan sektor-sektor lain yang sudah matang, termasuk komoditi, hartanah, minyak dan gas, kita ada potensi yang lebih cerah dalam sektor digital dan teknologi. Manakala yang ketiga ialah sektor keselamatan makanan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di sesi libat urus antara syarikat pemula Malaysia anjuran Ilham dan Malaysia Venture Capital Management (MAVCAP) di sini hari ini.
Rafizi menepis sentimen sesetengah pihak yang beranggapan bahawa Malaysia tidak boleh bersaing dengan Indonesia, memandangkan republik itu mempunya saiz pasaran yang lebih luas.
Sebaliknya, beliau menegaskan Malaysia merupakan pintu masuk paling strategik untuk mencapai pasaran 600 juta populasi dan pasaran di rantau ini.
"Malaysia mempunyai banyak kelebihan persaingan yang kita tidak hargai. Antaranya kita merupakan pintu masuk terbaik untuk pasaran 600 juta pengguna di Asia Tenggara.
"Kita selalu lupa bahawa Kuala Lumpur adalah lebih menarik berbanding Singapura. Jika diberi pilihan lebih ramai rakan saya akan pilih Kuala Lumpur berbanding Singapura. Tetapi kita tidak memanfaat kelebihan itu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#peralihan tenaga
#digital & teknologi
#Keselamatan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan