awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tuntut pembebasan serta-merta, tanpa syarat semua yang berada di atas flotila Gaza

Bernama
Bernama
02/10/2025
05:35 MYT
Malaysia tuntut pembebasan serta-merta, tanpa syarat semua yang berada di atas flotila Gaza
Wisma Putra mengecam tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan menyeru masyarakat global serta Majlis Keselamatan PBB bertindak tegas. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menuntut pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua aktivis, petugas kemanusiaan dan kru yang berada di atas Global Sumud Flotila (GSF), termasuk rakyat Malaysia serta kapal-kapal mereka.

Ringkasan AI
  • Malaysia menuntut pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua aktivis serta rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel dalam misi Global Sumud Flotilla.
  • Wisma Putra mengecam tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan menyeru masyarakat global serta Majlis Keselamatan PBB bertindak tegas.
  • Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi, Zizi Kirana dan beberapa aktivis lain telah ditahan, manakala lima lagi terputus hubungan selepas kapal mereka dipintas.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra turut menuntut penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan dengan selamat dan tanpa halangan.
Sehingga berita ini ditulis, seramai 12 rakyat Malaysia dilaporkan telah ditahan oleh tentera Israel dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).
Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah yang berada di atas kapal Hio; Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (Grande Blu); serta penyanyi Zizi Kirana (Huga).
Turut ditahan ialah Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (Alma); serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (Sirius).
Sumud Nusantara ialah konvoi rakyat dari Malaysia bersama sembilan negara lain yang bertujuan memecahkan sekatan Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan.
Kementerian Luar berkata Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan jenayah dan kekerasan yang bersifat pengecut oleh pihak Israel terhadap misi aman berkenaan.
"Tindakan tanpa provokasi dan sembarangan ini merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang maritim antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa," katanya.
"Pada saat rakyat Palestin sedang berhadapan dengan genosid, kebuluran, krisis kesihatan yang meruncing dan penderitaan berpanjangan, misi ini bukan sahaja sah di sisi undang-undang antarabangsa malah merupakan kewajipan moral yang mesti dihormati dan dipertahankan oleh masyarakat antarabangsa," tambah Wisma Putra.
Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera dan konkrit untuk menghentikan tindakan Israel yang bebas daripada sebarang hukuman.
"Masyarakat antarabangsa tidak boleh lagi bertolak ansur terhadap pengabaian terang-terangan Israel terhadap norma dan prinsip sejagat.
"Malaysia kekal teguh menyokong semua usaha murni bagi mencapai penyelesaian yang adil, menyeluruh dan berkekalan, termasuk penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara," tegas Wisma Putra.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas dan mengugut GSF, sambil menyatakan tindakan itu menyasarkan orang awam tidak bersenjata serta kapal yang berada dalam misi kemanusiaan yang sah dan aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#Wisma Putra
#Sumud Flotilla Tracker
#Sumud Nusantara Tracker
#pembebasan serta-merta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan