PUTRAJAYA: Kerajaan kecewa dengan tindakan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia berkuat kuasa hari ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan negara republik itu disifatkan sebagai tidak ramah, tidak konstruktif serta tidak menghormati hubungan baik antara negara dalam dunia.
“Susulan keputusan itu, Malaysia akan menutup pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang yang ditangguhkan operasinya sejak tahun 2017.
“Manakala semua staf diplomatik negara itu dan tanggungan yang berada di Kuala Lumpur akan diarahkan untuk meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam bermula Jumaat,” kata kenyataan itu.
Wisma Putra dalam kenyataan sama berkata, Malaysia menganggap Korea Utara sebagai rakan karib sejak hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin pada 1973.
BACA: Korea Utara sah putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia
Bahkan, Malaysia merupakan antara negara terawal melakukannya dan terus menyokong negara itu ketika mereka berdepan saat sukar.
“Malaysia juga berusaha keras mengekalkan hubungan itu terutamanya selepas insiden pembunuhan Kim Jong Nam pada tahun 2017,” ujarnya.
Tegas Wisma Putra, keputusan sebelah pihak seperti itu adalah tidak wajar dan mengganggu usaha mempromosi keamanan, kestabilan dan kemakmuran dalam wilayah serantau.
Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi kedutaan rasmi negara di Pyongyang telah ditangguhkan sejak tahun 2017.
"Semua kakitangan diplomatik dan tanggungan mereka telah pulang sejak dari tahun itu," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Jumaat.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan negara tersebut memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.
Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan agensi berita negara itu KCNA berkata, Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’ dan ‘menghantar rakyatnya yang tak bersalah ke AS dengan cara paksaan.
“Susulan situasi semasa, Kementerian Luar Korea Utara dengan ini memutuskan untuk menghentikan semua hubungan diplomatik dengan Malaysia yang telah melakukan tindakan bermusuhan terhadap Korea Utara, atas tekanan Amerika Syarikat," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 3 Mac lepas, yang menolak rayuan terakhir Mun Chol Myong untuk mencabar perintah ekstradisi ke atasnya.
Perintah tersebut diperolehi berikutan dakwaan FBI bahawa Chol Myong mengetuai kumpulan penjenayah yang melanggar sekatan dengan membekalkan barang terlarang ke Korea Utara dan mencuci dana haram melalui syarikat samaran.
Chol Myong menghadapi empat pertuduhan pengubahan wang haram serta dua tuduhan konspirasi untuk membersihkan wang haram.
Ridauddin Daud
Fri Mar 19 2021

Kerajaan Malaysia sifatkan tindakan Korea Utara sebagai tidak ramah, tidak konstruktif serta tidak menghormati hubungan baik antara negara dalam dunia.

Petronas catat pendapatan rendah pada suku ketiga ketika purata harga direalisasi lemah
Perolehan menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah.
![[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan [LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701121817_Palestinianswalk.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Zambry hadiri Mesyuarat Pleno PBB, terjemah komitmen Malaysia tangani konflik di Gaza
Zambry akan menggesa Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan efektif bagi memastikan gencatan senjata berkekalan.

AAKRP terima sumbangan lebih RM15.3 bantu rakyat Palestin
Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) menerima lebih RM15.3 juta sebagai bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu.

Malaysia gesa semua pihak patuhi resolusi diluluskan Majlis Keselamatan PBB
Ia selaras Artikel 25 Piagam PBB dan merupakan langkah pertama yang mesti diikuti dengan tindakan konkrit ke arah pemberhentian segera permusuhan.

Rakyat Malaysia di Gaza selamat dievakuasi melalui Lintasan Sempadan Rafah
Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani sindiket penipuan kerja
KLN telah memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial, media massa dan hebahan secara fizikal bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia.

Malaysia kutuk serangan kejam ke atas Kem Jabalia di Gaza
Ia adalah jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim yang telah lama melanggar dan mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Malaysia komited sertai Sesi Khas Kecemasan UNGA
Malaysia sokong permintaan Kumpulan Negara Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menyambung semula Sesi Khas Kecemasan Ke-10.

PBB perlu lakukan reformasi untuk kekal relevan - Wisma Putra
Malaysia memperbaharui komitmennya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena ulang tahun ke-78nya pada Selasa.

Wisma Putra sokong hasrat Belanjawan 2024 tingkat kedudukan Malaysia di persada antarabangsa
Kementerian Luar menyokong penuh hasrat Belanjawan 2024 untuk meningkatkan semula kedudukan dan martabat Malaysia di persada antarabangsa.

Belanjawan 2024: Kukuhkan peranan Malaysia di platform antarabangsa - Wisma Putra
Kementerian Luar tekad mengukuhkan penyampaian perkhidmatan konsular kepada rakyat termasuk penggunaan aplikasi digital dan teknologi ICT.