awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Uzbekistan nyata komitmen halusi kerjasama perdagangan, pelaburan - Anwar

Bernama
Bernama
28/02/2024
09:30 MYT
Malaysia, Uzbekistan nyata komitmen halusi kerjasama perdagangan, pelaburan - Anwar
Saidov kini dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke Malaysia mulai Selasa dan ia merupakan lawatan pertama Saidov ke negara ini sebagai Menteri Luar. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Uzbekistan menyatakan komitmen untuk memperhalusi kerjasama terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal-hal strategik bagi kedua-dua negara.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov pagi tadi.
"Dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, kami berbincang mengenai usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala Malaysia-Uzbekistan dan juga isu-isu serantau.
Pada masa sama, kami turut bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk kerjasama dalam OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), situasi di Gaza serta perkembangan di Afghanistan.
"Saya percaya pertemuan (ini) akan memperkukuh dan mempertingkatkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan," katanya.
Saidov kini dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke Malaysia mulai Selasa dan ia merupakan lawatan pertama Saidov ke negara ini sebagai Menteri Luar.
Pada 2023, Uzbekistan menjadi rakan dagang kedua terbesar Malaysia bagi rantau Asia Tengah.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan bernilai RM451.9 juta (US$94.03 juta), iaitu peningkatan sebanyak 30.9 peratus berbanding 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#hubungan Malaysia Uzbekistan
#Menteri Luar Uzbekistan
#Bakhtiyor Saidov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan