awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Arab Saudi tingkat kerjasama dua hala tubuh SMCC

Bernama
Bernama
12/06/2022
22:15 MYT
Malaysia-Arab Saudi tingkat kerjasama dua hala tubuh SMCC
Ismail Sabri (tengah) ketika menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Bin Farhan di pejabatnya pada 8 Jun 2022. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC), demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Perdana Putra, Putrajaya, Rabu lepas.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi pada Ahad, Ismail Sabri berkata selain itu, usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat serta isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan dan pelancongan turut dibincangkan dalam pertemuan itu.
"Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi," menurut catatan itu.
Putera Faisal yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 7 Jun lepas turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#SMCC
#Faisal bin Farhan
#Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan