awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Bahrain kongsi maklumat perisikan, jalin latihan ketenteraan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/05/2017
08:18 MYT
Malaysia-Bahrain kongsi maklumat perisikan, jalin latihan ketenteraan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) bersama Menteri Luar Bahrain Shaikh Khalid Ahmed Mohamed Al Khalifa ketika sidang akhbar sempena lawatan Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa ke Malaysia, hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia dan Bahrain akan mengadakan latihan ketenteraan bersama dalam mengukuhkan kerjasama ketenteraan kedua-dua hala terutama dalam usaha mengekang ideologi pengganas.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia termauk menjalin perkongsian maklumat dengan pasukan perisikan Bahrain dalam menangani keganasan melibatkan rantau ini serta Asia Barat.
"Saya boleh sahkan bahawa agensi perisikan turut bersama dengan delegasi Raja Bahrain. Mereka turut mengadakan pertemuan dengan agensi perisikan antarabangsa kita dan perisikan ketenteraan.
"Hari ini mereka ada pertemuan dengan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas PDRM.
"Jadi berkenaan pasukan khas kita telah buat keputusan untuk menjalani latihan bersama jadi tentera Bahrain boleh berlatih dengan suasana di sini. Tentera kita pun dapat pendedahan berkenaan Asia Barat menerusi tentera Bahrain," katanya pada sidang media bersama Menteri Luar Bahrain, Shaikh Khalid Ahmed di sini hari ini.
Dalam pada itu, Shaikh Khalid berkata pengganas kini memberi cabaran yang amat besar kepada mereka pada ketika ini termasuk berkaitan kedaulatan, identiti serta kehidupan rakyat.
"Cabaran yang dihadapi adalah kedaulatan kita, identiti termasuk kehidupan rakyat. Ada pihak yang cuba merampasnya daripada kita," jelasnya.
Justeru, beliau berharap kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Bahrain akan terus diperkukuh demi kesepaduan ummah.
Topic Berkaitan
#Bahrain
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#ideologi
#Ketenteraan
#pengganas
#Shaikh Khalid Ahmed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan