MALAYSIA
Malaysia-New Zealand perkukuh kerjasama pendidikan tinggi

Ahmad Zahid berkata UniKL dan UPTM telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Canterbury serta enam universiti lain di New Zealand. - Gambar/ Bernama
WELLINGTON: Malaysia memperkukuh hubungan akademik dengan New Zealand menerusi kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi tempatan dan universiti ternama negara itu, khususnya dalam bidang teknologi hijau dan tenaga boleh baharu.
Ringkasan AI
- Malaysia memperkukuh hubungan akademik dengan New Zealand melalui kerjasama strategik antara UniKL dan UPTM dengan tujuh universiti di negara itu, termasuk University of Canterbury dan Victoria University of Wellington.
- Kerjasama melibatkan program berkembar, pemindahan kredit, penyelidikan bersama, pertukaran pelajar dan pensyarah, serta pembangunan program berpandukan model 22 dan 2.53 dalam bidang teknologi hijau, tenaga lestari dan makanan halal.
- Penglibatan pelajar tajaan MARA, JPA, Petronas, GLC dan GLIC akan dipertingkatkan, selaras dengan pengurangan penghantaran pelajar ke Amerika Syarikat; kerjasama ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan PBB.
Beliau berkata penglibatan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Petronas, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan dipertingkatkan dalam bidang pengkhususan yang tidak ditawarkan di institusi tempatan, khususnya dalam bidang tenaga lestari.
"Ini adalah komitmen kita dan kerana kita telah menentukan pengurangan penghantaran pelajar ke Amerika Syarikat (AS) susulan arahan baharu daripada pentadbiran di AS," katanya.
Sementara itu, kerjasama UniKL bersama University of Canterbury (UC) dimeterai menerusi pertukaran Surat Hasrat (LoI) yang menumpukan bidang kejuruteraan kimia dan proses, teknologi makanan halal serta pembangunan lestari.
Majlis berkenaan berlangsung di Perpustakaan Negara Wellington serta disaksikan Ahmad Zahid dan Hoggard.
Ketua Pegawai Eksekutif UniKL Prof Dr Azman Senin dan Pengarah Perhubungan Global UC Dr Graham Wise telah menandatangani dokumen LoI yang turut memperincikan usaha membangunkan program pertukaran pelajar dan petugas, penyelidikan bersama serta laluan Artikulasi Pendidikan melalui program kerjasama berpandukan model 2+2 dan 2.5+3 bagi memperluas mobiliti dan kebolehpasaran graduan.
"Kerjasama ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB, khususnya dalam menangani isu kebuluran dan pembangunan pengeluaran makanan," katanya.
Ahmad Zahid turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman strategik antara UPTM dan Victoria University of Wellington (VUW), mencakupi pelaksanaan penyelidikan bersama, mobiliti akademik serta pertukaran kurikulum dan kaedah pengajaran inovatif yang akan memperkukuh kedudukan universiti itu di peringkat global di samping membuka peluang pembelajaran rentas budaya.
UPTM turut mengadakan rundingan dengan lima universiti terkemuka di New Zealand iaitu University of Auckland, Massey University, Auckland University of Technology, University of Otago dan University of Canterbury, bagi meneroka potensi program perintis dan pembiayaan pendidikan antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami