awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malindo Air dipilih Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik

Bernama
Bernama
16/11/2016
08:22 MYT
Malindo Air dipilih Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik
Malindo Air dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik 2016 pada Anugerah Kecemerlangan Penerbangan Asia Pasifik CAPA. -Gambar fail
Malindo Air dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik 2016 pada Anugerah Kecemerlangan Penerbangan Asia Pasifik CAPA yang berlangsung di Singapura malam tadi, sempena Sidang Kemuncak Asia Pasifik CAPA.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata anugerah itu mengesahkan dedikasi pasukan Malindo Air di rantau ini, yang memastikan ia kekal kompetitif dalam industri.
"Kami bangga dengan produk dan perkhidmatan kami dan sentiasa meningkatkan motivasi sendiri untuk melepasi jangkaan.
"Menerusi pembesaran rangkaian di benua Asia dan Australia, kami menerima perakuan global atas perkhidmatan premium dalam penerbangan dan keselesaan yang tidak dapat dipertikaikan pada kadar penerbangan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan itu sebelum ini memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik (Penumpang) pada Anugerah KLIA 2014 dan Syarikat Penerbangan Terkemuka 2015 oleh Travelport.
Bagi meraikan kejayaan penting ini, Malindo Air kini menawarkan satu juta tempat duduk promosi dengan tambang bermula daripada RM69 sehala, semua inklusif, bagi kelas ekonomi KLIA/Subang ke destinasi domestik terpilih.
Promosi ditawarkan mulai sekarang hingga 27 Nov, 2016 bagi tempoh perjalanan antara 1 Jan dan 30 Sept, 2017. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anugerah Kecemerlangan Penerbangan Asia Pasifik
#capa
#Malindo Air
#Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan