KUALA LUMPUR: Perasaan malu dengan pemeriksaan kanser prostat merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Pakar Urologi dan Profesor Madya Klinikal, Hospital Gleneagles, Dr George Lee menegaskan pembunuh senyap bagi kaum lelaki itu boleh sembuh sehingga 90 peratus jika pesakit terbabit mendapatkan rawatan awal.
"Memandangkan ia melibatkan organ seksual di mana kadang-kala pesakit mungkin berdepan dengan gejala seperti mati pucuk, kencing berdarah atau air mani bercampur darah menyebabkan perkara ini malu dibincangkan.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, penyakit ini boleh didiagnos menerusi ujian darah seperti Antigen Spesifik Prostat (PSA) dan kurangnya kefahaman mengenai kaedah diagnosis bagi penyakit itu menyebabkan tidak ramai yang tampil membuat pemeriksaan" katanya ketika perbincangan mengenai peranan lelaki mengekang stigma terhadap kanser prostat pada AWANI Pagi di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, George Lee menjelaskan prostat kebiasannya membesar apabila usia meningkat dan kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang tumbuh dalam kelenjar prostat.
"Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki," ujarnya.
Meskipun punca kepada kanser tersebut masih tidak dapat dikenal pasti namun beliau berkata, risiko kanser prostat meningkat terutamanya selepas mencecah usia 50 tahun dan lebih daripada 80 peratus penyakit itu didiagnos pada usia lebih 65 tahun.
"Selain itu mereka yang ada sejarah keluarga seperti ayah atau adik-beradik lelaki yang pernah disahkan mempunyai kanser prostat turut meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit itu," jelasnya.
Sementara itu, bekas Pengerusi CIMB Bhd yang juga pemandiri kanser prostat, Tan Sri Nazir Razak meminta orang ramai supaya lebih bersifat terbuka kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.
Disebabkan prostat dikaitkan dengan organ seks, beliau berkata, ramai yang malu untuk berbicara mengenai dan cuba 'memendam' perkara itu.
"Bila 'terpendam' lama sangat maka terlambat untuk mendapat rawatan kerana kanser itu sudah merebak ke bahagian lain.
"Sebab itu amat penting untuk kita bersifat keterbukaan terutamanya lelaki yang mempunyai gejala dan mereka yang berusia lebih 50 tahun," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Fri Dec 01 2023
Pembunuh senyap bagi kaum lelaki itu boleh sembuh sehingga 90 peratus jika pesakit terbabit mendapatkan rawatan awal. - Gambar hiasan
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Hidap kanser prostat, Kieran selesai uruskan wasiat
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio, Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat selesai.
Malu punca lelaki enggan jalani pemeriksaan kanser prostat
Perasaan malu dengan pemeriksaan kanser prostat merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Segan, tidak biasa antara punca ramai enggan jalani saringan kanser prostat, payudara
Terdapat kecenderungan dalam kalangan rakyat yang hanya akan menjalani pemeriksaan di klinik hanya selepas dikesan mempunyai penyakit.
Ketua Jurulatih Belanda Louis van Gaal dedah jalani rawatan kanser prostat
Van Gaal mendedahkan dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan peribadi semasa tempoh rehat aksi antarabangsa.
Pelakon 5 filem MCU, William Hurt meninggal dunia
Hurt pada 2018 pernah mendedahkan bahawa dia didiagnosis menghidap kanser prostat sejak 2012 yang sudah merebak ke tulang.
Kurangkan beberapa jenis makanan dipercayai penyebab kanser prostat
Kanser prostat dipercayai boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan pengambilan beberapa jenis makanan.
Kaki bengkak, sakit pinggang antara petanda kanser prostat
Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Tahap kesedaran kanser prostat masih rendah, 60% kes dikesan pada peringkat lewat
Beliau yang dikesan menghidap penyakit itu pada 2018 berkata, ujian secara percuma juga akan turut ditawarkan dalam kempen yang akan diadakan nanti.
Bekas juara dunia kelas heavyweight, Leon Spinks Jr meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia pada Jumaat pada usia 67 tahun akibat kanser prostat.
Nazir Razak kongsi pengalaman lawan kanser prostat
Kempen #onlymencan digerakkan sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki yang disambut pada November setiap tahun.