PETALING JAYA: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar arahan dikeluarkan kepada Netflix untuk menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.
"Ada beberapa pandangan awal yang telah disampaikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tetapi saya rasa ia perlu diberikan beberapa pertimbangan yang berlandaskan undang-undang kerana ia melibatkan kes mahkamah.
"Jadi saya akan adakan pertemuan dalam masa terdekat dengan MCMC terutamanya bagi meneliti aspek perundangan sebelum kita boleh buat pengumuman lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran seni seramik Raaqoo Life Magnified-The Main Show oleh Adil Ghani di sini hari ini.
Baru-baru ini, peguam Najib memohon supaya kerajaan mengarahkan perkhidmatan aplikasi penstriman itu supaya menurunkan serta melarang tayangan dokumentari tersebut yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata beliau akan berbincang dengan Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) untuk mengenal pasti seniman tempatan yang boleh diketengah untuk mengeluarkan hasil seni istimewa dan boleh dijadikan cenderahati rasmi untuk kegunaan kerajaan.
"Sebelum ini, kita ada beberapa cenderahati yang mungkin kita biasa gunakan tapi untuk tahun ini, mungkin saya minta pasukan di kementerian pertimbang mengapa kita tidak cari seniman tempatan untuk kita hasilkan beberapa cenderahati khas untuk acara yang istimewa.
"Saya akan bincang dengan MyCreative yang banyak membantu seniman tempatan bagaimana kita boleh usahakan cenderahati seperti ini. Ini antara lain sebagai tanda sokongan (kepada seniman tempatan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan. - Gambar fail/BERNAMA
KBS fokus usaha lawan ketagihan, masalah mental
Penggunaan produk rokok elektronik bukan sahaja membawa kepada masalah ketagihan tetapi juga masalah mental.

Dua NADI sedang dalam pelaksanaan di Sabah - Fahmi
Sebanyak dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sedang dalam pelaksanaan di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri ini.
AWANI Ringkas: Ketagihan vape & masalah mental
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penyokong 'hooligan' perlu ubah sikap - Hannah
Segelintir penyokong bola sepak yang hadir ke stadium dengan hasrat untuk mencetuskan kekecohan perlu mengubah sikap mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

Penunggang motosikal dilanggar akibat tak puas hati
Rasa tidak puas hati di jalan raya menjadi punca penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu.

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish panjat podium perlumbaan pertama di Litar Jerez
Hakim Danish Ramli cemerlang untuk menamatkan perlumbaan pertama pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di tempat kedua di Litar Jerez.

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.