awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mana hasil siasatan buku Tommy Thomas? - Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2022
03:30 MYT
Mana hasil siasatan buku Tommy Thomas? - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid (kiri) berkata, siasatan ke atas buku memoir Tommy Thomas (kanan) tidak seharusnya dipendam terlalu lama kerana dibimbangi mengulangi kontroversi kertas siasatan kes Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali'. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Laporan hasil siasatan ke atas buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas wajar didedahkan kepada umum.
Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia tidak seharusnya dipendam terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi berulang seperti kertas siasatan kes Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
"Laporan itu mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara lantikan politik tersebut.
"Laporan oleh Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan tentang isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Juga mendedahkan tentang kemungkinan berlaku campur tangan urusan kehakiman oleh seorang bekas Perdana Menteri untuk kepentingan politiknya.
"Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Ogos tahun lalu malah meminta supaya kerajaan segera menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan buku Tommy.
"RCI itu amat penting kepada negara kerana ia mengundang tanda tanya mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan.
"Bagaimanapun kita berharap dakwaan bahawa Peguam Negara kerajaan sekarang mengesyorkan laporan akhir siasatan itu tidak didedahkan kepada umum sekadar desas-desus," dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga berharap kerajaan akan bersikap telus ketika membentangkan hasil siasatan tersebut.
Jelasnya, kebimbangan ini timbul kerana sebahagian anggota Kabinet kerajaan campuran sedia ada adalah bekas anggota Kabinet kerajaan PH.
"Anggota Kabinet terbabit pernah 22 bulan bekerjasama dan `bermuafakat' bersama Tommy, maka dikhuatiri mungkin ada perkara yang bagi mereka wajib diselindungi," dakwa Ahmad Zahid.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Tommy Thomas
#Mohd Nazlan Mohd Ghazali
#buku memoir bekas Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan