KUALA LUMPUR: Selepas tular video seorang lelaki didakwa 'memperlekeh' warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur hingga mendapat kecaman netizen, ada perkembangan lain pula selepas itu.
Lelaki yang mencetus kemarahan warga maya itu telah dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, lelaki terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira kira jam 5.20 petang Rabu.
"Individu di dalam video tersebut telah dipanggil ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang.
"Dalam hal ini, polis Dang Wangi telah mengeluarkan kompaun kepada individu tersebut sebanyak RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka semasa berada di pusat tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Kesalahan itu melanggar Peraturan 17 (1) Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.
Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Ubah Hidup' kepada 20 orang gelandangan di pusat transit berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi Selasa.
Video berdurasi 49 saat itu bagaimanapun telah tular di laman sosial sekali gus menjadi bukti bahawa lelaki terbabit tidak memakai pelitup muka sewaktu berdepan dengan warga emas di pusat transit berkenaan.
Fareez Azman
Wed Jul 28 2021

Video berdurasi 49 saat itu bagaimanapun telah tular di laman sosial sekali gus menjadi bukti bahawa lelaki terbabit tidak memakai pelitup muka sewaktu berdepan dengan warga emas di pusat transit berkenaan. - Media sosial

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

KKM keluar kompaun RM197,600 menerusi Ops Kebersihan dan Keselamatan Bazar Ramadan 2023
KKM mengeluarkan 2,188 notis bernilai RM197,600 semasa pemeriksaan terhadap 51,849 premis bazar Ramadan di 640 lokaliti seluruh negara.

NSW Australia lapor kematian pertama akubat tetanus sejak 30 tahun
New South Wales (NSW) Australia pada Khamis mengesahkan kematian pertama akibat tetanus dalam tempoh 30 tahun, lapor Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa tempatan.

Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dr Zaliha
Sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3,664 atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.

Setengah juta rakyat Australia dijangkiti COVID-19 - Pakar
Jabatan Kesihatan memaklumkan terdapat lebih 14,000 jangkitan dilaporkan setiap hari dalam tempoh seminggu hingga 29 November.

Cacar monyet dikategori penyakit berjangkit mampu merebak di Vietnam
Vietnam merekodkan beberapa kes positif bagi pelancong yang pulang dari luar negara.

Jangkitan semula COVID lebih berisiko daripada jangkitan pertama - Kajian
Pesakit yang dijangkiti semula mempunyai lebih dua kali ganda risiko kematian dan lebih tiga kali ganda risiko kemasukan ke hospital.

Cacar monyet: Kes kedua dilaporkan di Vietnam
Wanita berasal dari utara Tuyen Quang itu berkunjung ke Dubai dari 29 September hingga 18 Oktober, mengalami simptom seperti demam, loya dan lepuh.

China waspada kesan virus baharu, Langya
Satu virus baharu yang disebarkan kepada manusia daripada haiwan, telah menjangkiti 35 orang di wilayah Shandong dan Henan.

ILI terkawal, ibu bapa tidak perlu bimbang - Khairy
Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500
Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.