Tiada kata dapat diungkapkan bagi menggambarkan perasaan K. Shanti saat dia menerima berita tentang kemalangan yang menimpa bapanya suatu ketika dahulu.
Wanita berusia 38 tahun itu mengimbas semula pada sebuah situasi yang meletakkan dirinya antara profesionalisme tugas dan emosi seorang anak yang kehilangan insan tersayang.
Pastinya, semua itu menjadi memori kekal yang terpahat dalam ingatannya.
Mengikut ceritanya, ketika itu Shanti bertugas sebagai koordinator transplan di Pusat Sumber Transplan Nasional.
Tugasnya amat mencabar, iaitu memujuk ahli keluarga mangsa mati otak untuk mendermakan organ kepada yang memerlukan.
Namun kali ini, tugas itu terpaksa dilakukan sendiri apabila bapa kandungnya disahkan mati otak selepas terjatuh di rumahnya dekat Felda Keratong, Pahang.
"Bapa saya berusia lebih 60 tahun ketika itu, dan beliau seorang yang sihat dan tidak pernah dirawat di hospital.
"Selepas terjatuh yang menyebabkan kepalanya parah, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia selepas mati otak.
"Nak buat keputusan tu amat mencabar sebab adik-beradik ayah saya tak setuju dengan cadangan saya.
"Tetapi, atas kesedaran yang ada pada saya menyebabkan kami adik-beradik membuat keputusan untuk mendermakan buah pinggang dan hati ayah saya kepada penerima yang memerlukan," katanya.
Shanti berkongsi kisah tersebut di hadapan lebih 200 hadirin yang hadir pada Forum 'Derma Organ: Ada Aku Kisah?,' anjuran Unit Perkhidmatan Transplantasi, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Pusat Sumber Transplan Nasional, Putrajaya pada Rabu.
Menurutnya lagi, bapanya tidak pernah berikrar sebagai penderma organ, tetapi pernah menyuarakan hasrat tersebut sebelum ini.
"Bapa saya pernah memberitahu saya bahawa dia tidak kisah untuk mendermakan organnya selepas meninggal dunia.
"Saya akui, memang perasaan takut itu ada, tetapi saya percaya keputusan ini (untuk mendermakan organ) bukan sesuatu yang memudaratkan.
"Ya, itu memang stigma yang ada dalam masyarakat kita, tetapi inilah yang perlu kita hadapi bagi membantu orang lain kerana agama sekalipun tidak menghalang sebarang tindakan menderma organ," katanya lagi.
Perkongsian Shanti kepada hadirin beberapa kali terhenti sementara kerana dia cuba menahan perasaan pilunya. Adakalanya dia teresak-esak, namun dia meneruskannya.
Shanti menegaskan, dia dan ahli keluarganya turut mengambil keputusan untuk tidak mahu mengetahui identiti penerima organ yang didermakan bapanya.
"Kami ikhlas mahu menderma, tetapi kami hanya dapat makluman ada dua individu yang menerima sebahagian hati dan buah pinggang bapa saya.
"Dari pendermaan tersebut, saya baru tahu bahawa mendiang bapa saya selama ini hanya hidup dengan satu buah pinggang.
"Malah, ketika melihat wajah bapa saya buat kali terakhir, ia seakan-akan bercahaya dan berseri serta seolah-olah seperti sedang senyum.
"Saya amat bersyukur. Mana tahu, dengan derma ini bapa saya masuk syurga," katanya yang kini pengajar jururawat di Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh.
Hilal Azmi
Wed Oct 04 2017
SHANTI: Nak buat keputusan tu amat mencabar sebab adik-beradik ayah saya tak setuju dengan cadangan saya.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Warga emas 83 tahun penderma organ tertua di Sabah
Selvaraju Shanmugam, 83, yang meninggal dunia pada 21 Jun lepas menjadi penderma organ tertua di Sabah apabila keluarganya mendermakan sepasang kornea mendiang bagi membantu dua orang pesakit.
Meninggal dunia: Organ pelakon Snowdrop, Park Soo-Ryun diderma
Keluarga Park Soo-Ryun menyatakan akan mendermakan organ yang masih baik kepada mereka yang memerlukan.
Ikrar derma organ masih rendah di Kelantan - Dr Izani
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, angka itu masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negeri lain.
Pendaftaran derma organ melalui MySejahtera mulai 6 Sept - Khairy
Pendaftaran sebagai pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Organ, tisu individu meninggal akibat COVID-19 tidak boleh didermakan
Virus tersebut berisiko untuk menjangkiti penerima melalui organ dan tisu yang didermakan.
Kyal Sin diangkat sebagai 'Puteri Demokrasi Myanmar'
Pemergian seorang remaja berusia 19 tahun di Myanmar selepas ditembak pada kepala ketika menyertai demonstrasi antikudeta pada Rabu mengundang kesedihan masyarakat dunia.
Kes kebocoran data peribadi penderma organ masih dalam siasatan - KPN
Siasatan masih dijalankan susulan kebocoran data peribadi lebih 220,000 penderma organ dalam talian oleh lowyat.net.
Kadar pendermaan organ di Malaysia amat rendah
Untuk pendermaan setelah meninggal dunia, kadar pendermaan organ dan tisu di Malaysia adalah sekitar 0.6 pendermaan per sejuta penduduk.
Lebih 320,000 rakyat Malaysia sudah ikrar menderma organ
Kadar derma organ dan tisu di negara ini adalah 0.6 peratus pendermaan persejuta penduduk iaitu antara yang paling rendah di dunia.
Pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia masih rendah - Subramaniam
Kementerian Kesihatan Selasa melancarkan laman web www.dermaorgan.gov.my bagi meningkatkan kesedaran kepentingan menderma organ.