awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet

Bernama
Bernama
28/03/2018
14:58 MYT
Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet
JAILANI: AKM 1998 menggalakkan persaingan yang sihat dan kompetitif dalam pembangunan industri komunikasi negara demi kepentingan para pengguna. -Gambar fail
Mana-mana pihak yang berkelayakan boleh memohon untuk mendapatkan lesen perkhidmatan internet talian tetap ataupun mudah alih, Dewan Negara diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata oleh yang demikian tidak timbul isu monopoli dalam penawaran perkhidmatan internet talian tetap ataupun mudah alih oleh mana-mana pihak termasuk Telekom Malaysia.
"Kesemua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
"AKM 1998 menggalakkan persaingan yang sihat dan kompetitif dalam pembangunan industri komunikasi negara demi kepentingan para pengguna," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 170 lesen Pemberi Kemudahan Rangkaian dan 178 lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian dikeluarkan bagi membolehkan pemegang-pemegang lesen berkenaan membina infrastruktur komunikasi yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim dalam penggulungan bagi jabatan berkenaan menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bentuk bantuan atau dana daripada pihak asing.
Beliau berkata ini bagi mengelakkan sebarang campur tangan asing dalam proses pilihan raya di negara ini.
"Sekiranya wujud hubungan dengan negara luar yang melibatkan pilihan raya seperti jemputan sebagai pemerhati, ia hanya melibatkan Badan-Badan Pengurusan Pilihan Raya dari negara-negara yang terlibat," katanya.
Persidangan Dewan Negara malam ini meluluskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 pada 5 Mac lepas.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Komunikasi dan Multimedia
#Dewan Negara
#Jailani Johari
#Razali Ibrahim
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan