PUTRAJAYA: Memanfaatkan data daripada pelbagai sumber akan membolehkan kerajaan mendapat nilai, pemahaman mendalam dan bermakna serta membuat keputusan dengan cepat dan tepat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ia bertepatan dengan teras pertama Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang menetapkan Pemanfaatan Kepintaran Data bagi mengurus data sebagai aset kerajaan.
Beliau berkata teras itu juga menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Dasar 4IR Malaysia dari aspek penggubalan dasar perkhidmatan digital yang dipacu data, hasil daripada analitis data dan kecerdasan buatan dalam meningkatkan keberkesanan penawaran perkhidmatan kepada rakyat.
"Selaras dengan perkembangan semasa sekarang, kita semua harus mengakui bahawa data adalah aset yang paling berharga yang boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai inovasi serta produk yang boleh dimanfaatkan semua pihak.
"Ungkapan "data is the new soil" sering kali kita dengar apabila bercakap tentang inovasi iaitu dengan bermulanya ekonomi digital, data telah menjadi ramuan utama untuk penghasilan inovasi dan merupakan agen utama bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dalam ekonomi digital," katanya.
Mohd Zuki berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman pemenang CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement (CHIPTA) 2021 yang diadakan secara maya semalam.
PSPSA 2021-2025 menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang mampan.
Mohd Zuki berkata penguasaan teknologi digital merupakan kunci untuk negara mengatasi batasan produktiviti sekali gus menaik taraf ekonomi Malaysia.
"Peranan teknologi digital ini terserlah lebih-lebih lagi semenjak setahun lalu apabila pandemik COVID-19 telah memberi cabaran getir kepada semua negara untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Keupayaan untuk merebut peluang yang muncul daripada teknologi dan model perniagaan inovatif, akan memainkan peranan penting dalam memacu enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Mengenai CHIPTA, Mohd Zuki berkata pelaksanaan program itu adalah selaras dengan agenda kerajaan iaitu memanfaatkan kepintaran data untuk penghasilan inovasi atau produk yang boleh diguna pakai oleh rakyat.
Beliau berharap semua produk yang dihasilkan melalui program CHIPTA 2021 dapat memberi impak yang signifikan dan nilai yang tinggi serta bermanfaat kepada pelbagai pihak terutamanya pihak yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Mohd Zuki turut berharap Kementerian Kewangan dapat memberikan kerjasama dari segi peruntukan supaya produk-produk CHIPTA dapat diketengahkan dan dikormersialkan
"Saya yakin dan percaya usaha ini akan dapat melahirkan Syarikat Awalan Digital (Startup) seterusnya menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan ekonomi negara serta kualiti hidup rakyat," katanya.
Pertandingan terbahagi kepada empat kategori iaitu Sektor Awam, Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pelajar Sekolah Menengah dan Orang Awam/Industri dengan jumlah hadiah keseluruhan RM66,000.
Kumpulan Pharmacoders dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara diumumkan juara bagi kategori Sektor Awam dan kumpulan VarsityQuadro daripada Universiti Kebangsaan Malaysia adalah juara kategori Pelajar IPT.
Kategori Orang Awam/ Industri diungguli kumpulan Appkan Team manakala kumpulan AIA United dari Kolej Vokasional Sepang memenangi kategori Pelajar Sekolah Menengah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Mohd Zuki berharap semua produk yang dihasilkan melalui program CHIPTA 2021 dapat memberi impak yang signifikan dan nilai yang tinggi serta bermanfaat kepada pelbagai pihak. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Tahap produktiviti pekerja di Malaysia meningkat - KSN
Tahap produktiviti setiap pekerja di Malaysia meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.
Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu
Kampung Banggol Cempedak di Serada mencipta memori tersendiri apabila terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI pertama di Terengganu.
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.
Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN
Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada diperingkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,
Agong terima menghadap PM untuk mesyuarat prakabinet terakhir Baginda
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, dijadualkan pada jam 4 petang ini.