BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 232 orang setakat 8 pagi ini berbanding 236 orang yang direkodkan malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan lokasi terjejas di daerah itu melibatkan Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Menurut JPBD, kesemua mangsa terdiri daripada 67 keluarga itu ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading di sini yang dibuka sejak Rabu lepas.

Banjir di daerah itu berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang.

-- BERNAMA