awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang

Bernama
Bernama
01/10/2021
04:16 MYT
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang
Jumlah mangsa meningkat 117 orang berbanding 263 mangsa yang dipindahkan malam tadi. - Foto fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 380 orang daripada 131 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Sik, Baling dan Kulim, pagi ini.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Saifuddin Abdullah berkata jumlah mangsa meningkat 117 orang berbanding 263 mangsa yang dipindahkan malam tadi.
"Bagi Sik, setakat 8 pagi tadi seramai 28 orang daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gulau dan SK Sik yang masing-masing dibuka pada Selasa lepas dan semalam.
"Sementara di Baling, seramai 325 mangsa daripada 115 keluarga dipindahkan ke 14 PPS yang dibuka antara Selasa hingga semalam, sementara di Kulim satu PPS dibuka di SK Merbau Pulas semalam yang menempatkan 27 mangsa daripada 10 keluarga," katanya.
Katanya PPS di Baling terdiri daripada SK Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom, Maktab Mahmud Baling, SK Malau, SK Parit Panjang, PPS Kampung Padang Kupang, SK Mohd Ariff Abdullah, SK Tembak A dan SK Jemerli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#APM
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan