Mangsa banjir yang terperangkap di Kuala Krai, Kelantan mengharapkan bantuan segera diberikan memandangkan hubungan jalan pengangkutan awam terputus di kawasan mereka.

Salah seorang mangsa yang terperangkap, Rosnan Helmy, berkata kira-kira 300 mangsa terperangkap bersamanya di pusat pemindahan di Kuala Krai dan ketinggian air di sana semakin meningkat.

Hubungan pengangkutan jalan darat terputus di kawasan itu menyebabkan kelewatan beberapa bantuan dihulurkan kepada mereka.