awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga

Aida Aziz
Aida Aziz
04/08/2024
09:32 MYT
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga
Mangsa banjir di daerah Muallim melonjak pada petang Ahad menjadikan jumlah terkini penduduk yang terjejas seramai 86 orang daripada 16 buah keluarga. -APM
MUALLIM: Mangsa banjir di daerah Muallim melonjak pada petang Ahad menjadikan jumlah terkini penduduk yang terjejas seramai 86 orang daripada 16 buah keluarga.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perak, kesemua mangsa kekal ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Ujarnya, sehingga jam 2 petang tadi, jumlah mangsa seramai 15 orang dari empat keluarga, namun meningkat pada jam 4 petang.
Katanya, seramai 81 orang daripada 15 keluarga berada di PPS SMK Khir Johari, Tanjong Malim, manakala lima lagi daripada satu keluarga di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.
Tambahnya, sehingga kini kekal empat kampung yang terjejas iaitu Kampung Sri Behrang, Kampung Lambak, Kampung Kelawar dan Kampung Ketoyong.
Cuaca di lokasi kejadian juga dilaporkan mendung.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 3 petang membabitkan daerah Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, dan Batang Padang.
Terdahulu, media melaporkan seramai 15 orang daripada empat buah keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), di sini, susulan banjir yang melanda empat kampung pada Ahad.
Menurut jurucakap PKOB Negeri Perak, kesemua mereka ditempatkan di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen dan SMK Khir Johari, Tanjong Malim yang dibuka kira-kira jam 11 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#banjir
#Muallim
#PPS
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan