awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Pahang dan Johor menurun sedikit petang ini

Bernama
Bernama
10/01/2024
10:39 MYT
Mangsa banjir di Pahang dan Johor menurun sedikit petang ini
Di Johor sejumlah 7,714 mangsa ditempatkan di 53 PPS di enam daerah. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatat sedikit pengurangan kepada 9,215 mangsa yang berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat petang ini berbanding 9,780 mangsa tengah hari tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Johor sejumlah 7,714 mangsa ditempatkan di 53 PPS di enam daerah, iaitu Kota Tinggi di 26 PPS (4,471 mangsa), 12 PPS di Johor Bahru (1,716 mangsa), sembilan PPS di Kluang (1,308 mangsa), empat PPS di Segamat ( 107 mangsa) dan masing-masing satu PPS di Kulai (90 mangsa) dan Pontian (22 mangsa).
Di Pahang, jumlah mangsa turut menurun kepada 1,501 mangsa berbanding 1,549 orang tengah hari tadi, yang berlindung di 23 PPS di tiga daerah melibatkan masing-masing 11 PPS di Pekan dan Rompin serta satu di Maran.
Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati, beberapa sungai di Johor masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, dan Kulai serta Sungai Endau di Kluang.
Di Pahang, Sungai Pahang di Maran, Bera, Pekan, Kuantan dan Sungai Rompin di Rompin turut mencatat paras bahaya, begitu juga dengan Sungai Perak di Hulu Perak, Perak; Sungai Arau bagi kawasan Arau, Perlis; Sungai Terengganu di Hulu Terengganu; dan Sungai Batang Sadong di Kuching, Sarawak.
Laporan itu turut memaklumkan terdapat 56 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh.
Antaranya Jalan Serengkam dan Jalan Kampung Serengkam-Bak-Bak di Maran, Pahang; Jalan Johor Bahru-Endau, Kota Tinggi, Johor; serta Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PPS
#mangsa banjir
#jambatan rosak
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan