PENDANG: Penduduk Kampung Banggol Besi di Pendang, trauma selepas dua kali terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam tempoh tujuh hari akibat banjir.
Malah mereka resah setiap kali hujan lebat ketika air pasang menyebabkan berlaku limpahan Sungai Pendang memasuki kediaman mereka.
Bagi seorang penduduk, Nor Salawati Sabu@Bakar, 36, dia dan suaminya, Mohamad Rosdi Said, 42, terpaksa berulang alik dari rumah ke PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah selepas air setinggi 1 meter memasuki rumah.
Mengakui penat dan lelah berpindah, namun, mereka terpaksa berbuat demikian demi keselamatan diri dan enam orang anak yang berusia antara 11 bulan hingga 15 tahun.
Menurut Nor Salawati, mereka sekeluarga mula berpindah pada Jumaat lalu dan sehingga kini rumahnya masih digenangi air.
“Kami balik (rumah) untuk basuh (pakaian dan kelengkapan rumah), kemudian angkut barang (ke tempat tinggi) tiba-tiba hujan dan air naik balik, terpaksa buat lagi. Memang letih sangat,” katanya.
Keadaan tambah rumit bagi warga emas, Esah Ismail, 90, memandangkan keadaannya yang tidak mengizinkan untuk berpindah dan melakukan kerja-kerja pembersihan sendirian,.
Apa lagi dengan penglihatannya yang kabur selain tidak dapat berjalan dengan sempurna sangat-sangat menyulitkan Esah.
Kata Esah, dia bersama 10 orang ahli keluarga termasuk anak, menantu serta dua cucunya terpaksa dipindahkan selepas air sedalam 1 meter memasuki rumahnya.
“(Terpaksa) pindah (ke PPS) sebab hanya tinggal satu bilik di kampung (yang tidak dimasuki air)… yang lain (bilik) semua habis penuh melimpah… nak ke tandas pun tidak boleh,” luah Esah.
Kebimbangan penduduk juga tambah berganda berikutan ancaman haiwan berbisa yang turut menundang trauma kepada mangsa sekiranya masih tinggal di rumah.
Bagi Zahari Arshad, 68, pengalaman bilik tidur anaknya dimasuki ular kapak dan tedung selar membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk tinggal di PPS sehingga air surut.
Dia yang mengalami penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung berharap air segera surut dan dapat kembali ke rumah.
“Nak buat macam mana (kalau) duduk (di rumah) tak boleh sebab air masuk…dalam masa sama takut binatang-binatang bisa,” ujarnya.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, setakat pukul 4 petang Khamis, mangsa banjir berkurangan kepada 137 orang daripada 34 keluarga berbanding 140 orang daripada 36 keluarga.
Yuslina berkata, tiga mangsa daripada dua keluarga telah dibenarkan pulang berikutan air surut di kawasan kediaman mereka.
Beliau yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang memaklumkan, antara kampung yang terjejas adalah Kampung Sukamari, Kampung Seberang Pendang, Kampung Alor Punti dan Kampung Batu 16.
Penempatan yang turut terjejas ialah Kampung Tanah Merah Dalam Kampung Tanjung Radin, Kampung Banggol Besi, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali, Kampung Titi Kera dan Kampung Sungai Mati.
Menurut Yuslina, paras air sebelum ini 2.90 meter agak surut sedikit namun pergerakan air Sungai Pendang masih laju.
“Setiap hari kami adakan pemantauan daripada pagi di sebelah petang dan malam disebabkan kita masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan keadaan sekarang,” kata Yuslina.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 28 2021
Warga emas Zahari Arshad bercerita pengalaman bilik tidur anaknya dimasuki ular kapak dan tedung selar membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk tinggal di PPS sehingga air surut. - Gambar Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.