awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa bawa anak lakukan kegiatan penyeludupan PATI
PRK Kinabatangan, Lamag: Kempen masuki fasa kedua, pecutan terakhir semua calon
Gempa bumi sederhana landa Seram, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak terus berkurang

Bernama
Bernama
17/01/2026
00:30 MYT
Mangsa banjir di Sarawak terus berkurang
Banjir di Sarawak bermula sejak 31 Dis lepas apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan. - Foto fail/BERNAMA
BINTULU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak berkurang kepada 322 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 415 orang daripada 123 keluarga pada petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 121 mangsa daripada 32 keluarga, PPS Balai Raya Sebauh (137 mangsa daripada 44 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh (64 mangsa daripada 18 keluarga).
"Terdapat trend menurun dari segi jumlah mangsa di PPS," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Banjir di Sarawak bermula sejak 31 Dis lepas apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal Public Infobanjir melaporkan pada 7.30 pagi ini, paras air di dua stesen, iaitu Long Teru (Miri) dan Nanga Lemai B masih melebihi tahap bahaya, manakala hanya stesen Stapang B (Sibu) sudah melebihi paras amaran.
Paras air di sembilan sungai lain berada pada tahap waspada tetapi menunjukkan trend menurun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan