awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sook, Sabah meningkat kepada 392 orang

Bernama
Bernama
03/05/2025
00:00 MYT
Mangsa banjir di Sook, Sabah meningkat kepada 392 orang
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu Dewan Kampung Ansip Tengah menempatkan 117 orang daripada 39 keluarga. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sook meningkat kepada 392 orang daripada 126 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 272 orang daripada 87 keluarga pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu Dewan Kampung Ansip Tengah menempatkan 117 orang daripada 39 keluarga.
Sementara itu, sejumlah 206 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 manakala 69 mangsa daripada 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.
"Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook," menurut kenyataan itu.
Daerah Sook terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 147 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#banjir di Sook
#Pusat Pemindahan Sementara
#Dewan Kampung Ansip Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan