awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir meningkat akibat pengaliran air dari utara Selangor - Amirudin

Bernama
Bernama
29/11/2025
15:15 MYT
Mangsa banjir meningkat akibat pengaliran air dari utara Selangor - Amirudin
Amirudin berkata setakat ini, sebanyak 4,463 mangsa ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. - Gambar LUAS
SHAH ALAM: Peningkatan jumlah mangsa banjir di Selangor disebabkan pengaliran air dari kawasan utara Selangor ke Kuala Langat dan Sepang, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 4,463 mangsa ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
"Bagi mempercepatkan proses peralihan air ke sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor telah memasang empat pam di Kuala Selangor untuk mengelakkan air daripada bertakung terlalu lama.
"Enam unit pam akan ditambah pada hari esok bagi mempercepatkan proses pemindahan air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi mengukuhkan langkah pemulihan, kerajaan negeri sedang menyusun 5,000 sukarelawan dalam tempoh 24 jam selepas keadaan banjir mulai surut bagi membantu proses pembersihan rumah mangsa.
Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan berhubung dengan keluarga seorang anggota polis yang hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras malam tadi bagi mengemas kini proses operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Kerajaan negeri juga bersedia membantu sebaik mungkin dan saya mendoakan agar mangsa dapat dicari dan diselamatkan," katanya.
Media melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan kenderaan Perodua Bezza dinaikinya yang terbabas ke dalam parit di kawasan dilanda banjir berhampiran Klinik Desa Giching, Sepang, malam tadi.
Amirudin turut menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha dan komitmen semua agensi terlibat yang telah bekerja tanpa henti dalam tempoh seminggu ini, diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan pegawai-pegawai daerah.
"Ini termasuk Unit Pengurusan Bencana Negeri, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, pasukan sukarelawan, serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penduduk yang terkesan akibat banjir dapat dibantu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#PPS
#Jabatan Pengairan dan Saliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami