awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2021
04:27 MYT
Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang
Banjir kilat akibat limpahan air sungai dan perparitan mengakibatkan beberapa jalan di sekitar ibu kota ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ketika tinjauan hari ini. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.
Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 6,887 orang diikuti Selangor (5,350), Kelantan (3,877), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (467), Terengganu (267) manakala Perak tiada mangsa direkodkan namun satu PSS dibuka setakat jam 8.05 pagi.
Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my menyenaraikan 18 stesen aras sungai di Pahang melepasi tahap bahaya dengan kebanyakannya menunjukkan bacaan meningkat di daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Di Selangor terdapat 10 stesen aras sungai pada tahap sama melibatkan kawasan Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor.
Situasi sama berlaku di tiga stesen aras sungai di Kelantan bagi kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai manakala Perak serta Melaka masing-masing dua stesen dan Terengganu hanya di Sungai Tebak, Kemaman.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PPS
#mangsa banjir
#sungai melepasi tahap bahaya
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan