awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir syukur dapat pemeriksaan kesihatan percuma

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/09/2023
01:30 MYT
Mangsa banjir syukur dapat pemeriksaan kesihatan percuma
Antara mangsa banjir yang mendapat pemeriksaan kesihatan percuma di PPS. - Astro AWANI
POKOK SENA: Langkah diambil Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan menempatkan pasukan khas bagi melakukan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau, Pokok Sena sangat dipuji.
Rata-rata mangsa terdiri daripada golongan emas, ibu mengandung dan pesakit kronik tidak perlu ulang-alik ke Klinik Kesihatan atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan ubat.
Abdul Aziz Ramli, 64, berkata dia yang mempunyai penyakit darah tinggi tidak perlu kembali ke rumah yang masih ditenggelami air untuk mengambil ubat.
Katanya, selepas melakukan pemeriksaan kesihatan petugas terus memberi ubat mengikut nasihat doktor.
"Alhamdulillah juga badi pihak kesihatan ini ambil perhatian juga masalah kami di tempat pindah ini.
"Terima kasih banyak-banyak, mereka bagi ubat makna mereka pantau keadaan kami," jelasnya.
Malah kebajikan mangsa turut diambil berat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mohd Helmi Abd Rahman, 60, berkata sejak dipindahkan ke PPS di sini mereka tidak perlu risau kerana Khidmat Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) turut diberikan.
"Setakat ini Alhamdulillah, makan semua orang jaga elok, pakaian, kain selimut apa semua Alhamdulillah," katanya.
Namun bagi mangsa yang berniaga mereka bimbang banjir temenung mengakibatkan peralaan di kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan milik mereka rosak.
Malah lebih merunsingkan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional perlu dibayar namun perniagaan tidak dapat dijalankan.
Topic Berkaitan
#banjir
#pemeriksaan kesihatan
#PPS
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan